25September2017

Perak masih berbincang pemindahan air ke Bukit Merah

Rancangan pemindahan air Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang diusahakan kerajaan negeri untuk meningkatkan bekalan air di Kerian masih lagi dalam proses perbincangan di peringkat Persekutuan.

 Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata  kerajaan negeri telahpun mengemukakan rancangan itu kepada pihak Persekutuan untuk tindakan selanjutnya.

Menurut beliau, rancangan  itu penting dilaksanakan bagi memastikan paras air di Empangan Bukit Merah  sentiasa berada diparas kekal.

``Kita dah majukan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah membuat kertas usul (proposal)   untuk peringkat tertinggi dan dibincangkan di peringkat Majlis Sumber Air Negara berhubung rancangan Perak untuk meningkatkan bekalan air di Kerian,’’ katanya.

Zainol berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Empangan Sultan Azlan Shah Ulu Kinta baru-baru ini.

Katanya, selain membekalkan minuman Empangan Bukit Merah juga digunakan untuk penyaluran air ke sawah padi dan penyaluran air ke sawah pernah beberapa kali terganggu akibat penurunan paras air yang paling serius  akibat fenomena cuaca El-Nino pada tahun 2014 dan 2015.

Menurut beliau, fenomena El-Nino masa itu menyebabkan paras air di empangan berkenaan menurun agak drastik sehingga 21 kaki daripada paras biasa 28 kaki.

``Ia turut menyebabkan bekalan air untuk kegunaan industri di Kamunting terjejas,’’ katanya.

Zainol turut menjelaskan inisiatif diadakan program lawatan ke Empangan Sultan Azlan Shah ini  bersempena Pangkor Dialogue 2017 bertujuan memberi gambaran sebenar mengenai infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan negeri dan Persekutuan demi memastikan bekalan air bersih dapat dinikmati.

Menurut beliau, lawatan kerja ini yang disertai para peserta mewakili badan bukan kerajaan (NGO)  adalah untuk memberi gambaran dan idea dalam membentuk cadangan, penambaikan bagi pertimbangan.-11/9/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 470  tetamu dalam talian