10Disember2018

Penduduk Teluk Intan tolak calon pindah randah

Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir meminta pengundi dalam Parlimen Teluk Intan supaya menolak Pengerusi DAP negeri Nga Kor Ming, yang bakal bertanding menentang calon BN, Datuk Seri Mah Siew Keong pada PRU ke14 kelak kerana tokoh DAP itu “calon pindah randah.”

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri merasakan Siew Keong, yang juga Presiden Parti Gerakan selain anak jati Teluk Intan berbanding Nga, calon pindah randah, sudah menampakkan bakti besar kepada penduduk sejak menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Justeru beliau meminta penduduk di situ memikir semasak-masaknya dalam membuat penilaian terbaik untuk memilih calon yang mampu menjaga kebajikan mereka dan membawa perubahan di kawasan parlimen itu.

Dr Zambry  selanjutnya  menjelaskan Ahli Parlimen mereka,  Mah Siew Keong merupakan anak jati Teluk Intan manakala seorang lagi ( Nga Kor Ming) merupakan anak yang suka berpindah-randah.

``Ahli parlimen penggal lalu ini anakTeluk Intan.Dan calon yang lagi satu itu ‘anak’ yang suka berpindah-randah.Fikir-fikirkanlah,” katanya yang juga Pengerusi BN Perak semasa berucap di majlis pecah tanah projek Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Teluk Intan di Jalan Changkat Jong pada Rabu.

Baru-baru ini Pakatan Harapan mengumumkan Nga Kor Ming sebagai calon rasmi mereka bertanding di parlimen Teluk Intan. Media kemudian menganggap pertandingan itu”naga lawan naga.”

Projek perumahan itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri NajibTun Razak. Hadir sama, EXCO Kerajaan Negeri Perak, serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia, Datuk Abdul Mutalib Alias.19/4/2018 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 318  tetamu dalam talian