19November2017

Penduduk luar bandar di Perak nikmati jalur lebar kelajuan tinggi

Kemudahan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di negeri Perak bukan lagi satu retorik kerana ia  telahpun dilaksanakan hampir ke seluruh kawasan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata  kemudahan itu bukan hanya boleh dinikmati penduduk di sekitar Lembah Kinta, tetapi juga Taiping, Teluk Intan, Seri Manjung dan Tanjung Malim.

``Usaha ini dilaksanakan sebagai satu komitmen kerajaan sebelum ini untuk merapatkan jurang kebolehan akses kemudahan internet antara kawasan bandar dan luar bandar dan memberi manfaat besar kepada rakyat Perak,’’ katanya.

Nolee berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Penyelesaian Hospitaliti Hiburan antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan Hotel Weil, pada Isnin.

Sementara itu, dalam ucapannya, Nolee  meminta pemain-pemain industri perhotelan di Perak supaya  terlibat secara langsung dalam menyedia perkhidmatan internet jalur lebar sebagai satu tarikan pelancong.

``Inisiatif yang diambil WEIL hotel ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan negeri yang mahukan sektor swasta khususnya pemain-pemain perhotelan di Perak menyediakan kemudahan rangkaian internet yang terbaik  bagi pelanggan mereka,” katanya.-16/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 627  tetamu dalam talian