25September2017

Pendedahan ROS memalukan parti 'koboi' Ezam...

Pejabat parti yang didaftarkan adalah sebuah kedai jubin yang beroperasi sejak setahun lalu, antara pendedahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Parti Generasi Baru yang dinamakan semula Parti Bebas Rasuah oleh bekas Ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Nor.

Sehubungan dengan itu ROS melarang Ezam menggunakan nama Parti Bebas Rasuah (PBR) untuk sebarang aktiviti kerana ROS belum mengiktiraf pertukaran kepimpinan parti itu daripada parti terdahulu, Parti Generasi Baru.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya sudah menerima permohonan daripada pihak Ezam untuk menukar Ahli Majlis Tertinggi parti tersebut termasuk untuk menukar nama kepada PBR dan menggunakan logo baharu.

Bagaimanapun katanya, setelah diteliti, terdapat keraguan dalam permohonan yang dibuat melalui Setiausaha Agung Parti Generasi Baru, S. Gobi Krishnan pada 31 Mac lalu iaitu lokasi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang tidak wujud dan status dua ahli jawatankuasa yang meragukan.

"Dalam permohonan yang dihantar oleh Gobi Krishnan, ada menyatakan lokasi EGM pada 30 Mac dibuat di pejabat parti itu di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, bagaimanapun selepas disiasat premis itu bukan pejabat parti sebaliknya merupakan kedai jubin yang beroperasi sejak setahun lalu.

"Dalam permohonan tersebut turut disenaraikan 12 ahli jawatankuasa parti, selepas disemak 10 individu sememangnya wujud, namun dua lagi meragukan iaitu seorang merujuk kepada individu lain dan seorang lagi pula individu yang tidak wujud," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya tadi.-19/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 790  tetamu dalam talian