15Disember2017

Penculik rentas sempadan ditembak mati di Lahad Datu

Seorang suspek dipercayai penculik untuk wang tebusan (KFR) ditembak mati pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) awal pagi tadi.
 
Suspek yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an itu ditembak kira-kira pukul 3 pagi di perairan Lahad Datu.
 
Difahamkan, suspek menaiki bot pancung dipercayai untuk masuk ke negara ini untuk membuat intipan.
 
Apabila keadaan terkawal, suspek akan memaklumkan kepada rakan lain dan mereka akan melakukan rompakan di laut atau penculikan.
 
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din dijangka mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu petang Isnin.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1077  tetamu dalam talian