19Ogos2018

Pemimpin pembangkang bekerja ikut musim - Zambry

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta rakyat memilih pemimpin rajin bekerja untuk rakyat bukan pemimpin bermusim yang  gemar memaki hamun dan menabur fitnah kepada pihak lawan.

Beliau berkata, paling utama keharmonian masyarakat harus dijaga dan jangan biarkan sebarang anasir luar datang menggugat keamanan yang sekian lama dikecapi rakyat.    

``Jangan beri peluang pada orang untuk tunjuk kepada kita apa yang kita perlu lakukan.

``Disebabkan dia orang luar..dia pun selepas menang (jadi wakil rakyat), dia akan jarang turun ke sini.

`` Boleh jadi setahun sekali atau hanya tiba pada musim pilihanraya,” katanya semasa berucap merasmikan majlis Penyampaian Angpau Tahun Baru Cina 2018 di Arena Pangkor Pasir Bogak pada Sabtu.

Pada majlis itu Dr Zambry yang juga Adun Pangkor meraikan lebih 700 orang  masyarakat Cina dan menyampaikan sumbangan Wang kepada persatuan-persatuan NGO Cina.

Sementara itu semasa bercakap kepada media selepas lawatan sehari ke Pangkor Dr Zambry  berkata, kerajaan berhasrat untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik atau berteknologi hijau di Pulau Pangkor dan mengurangkan sebarang kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel.

Perkara ini masih  diperingkat cadangan dan akan dipanjangkan untuk tindakan lanjut,sambil menambah,”ini adalah salah satu (inisiatif) yang kita panggil teknologi mampan, bagi mengelakkan pencemaran di PulauPangkor.

“Dari segi kehijauan dan keindahan pulau kita kekalkan cuma dari segi cadangan ini kita harap masyarakat  bersedia untuk menerima perubahan ini,'' katanya.

Jika cadangan kerajaan ini berjaya  dilaksanakan di Pulau Pangkor ia akan diperluaskan ke kawasan lain di seluruh Perak.

Ditanya mengenai perkembangan pengisytiharan Pulau Pangkor, beliau berharap penduduk pulau pelancongan terkenal itu bersedia menerima kedatangan pelancong yang dijangka meningkat pada tahun ini.

Beliau berharap pengusaha  inap desa dapat menambah bilangan rumah mereka untuk kemudahan pelancong bermalam di Pangkor.-12/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 475  tetamu dalam talian