27Mac2017

Pemimpin DAP ditangkap menipu pajakan tanah RM1juta

Seorang pemimpin kanan DAP Melaka dan seorang ahli perniagaan direman selama tiga hari berhubung kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 54 dan 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Analia Kamaruddin di mahkamah majistret Ayer Keroh pada Isnin.

Kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curang mendorong supaya harta diserahkan.

Pada 8 Mac lalu, bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San menggemparkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka apabila beliau mendakwa dua bekas rakan dalam parti, termasuk pembantu wakil rakyat pembangkang, terlibat dalam rasuah dan ugutan.

Leong San, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas-Duyong, memberitahu DUN bahawa dakwaan penipuan itu melibatkan kira-kira RM1 juta.

Beliau berkata, laporan polis dibuat pada 14 Disember tahun lalu oleh tiga pekebun kecil yang kehilangan wang hasil titik peluh mereka dalam perjanjian tanah di Kelantan.

Leong San berkata, mangsa membayar hampir RM1 juta kepada seornag pembantu Adun DAP dan seorang pemimpin pemuda PAS Kelantan dalam perjanjian yang dibuat pada 2012.-21/3/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 839  tetamu dalam talian