22Jun2018

PEKITA perlu RM500,000 bina rumah baru

Cerita mengenai kedhaifan rumah orang-orang tua sering terpapar di laman media atau menjadi berita popular media elektronik sehingga mendorong insan-insan berhati emas membantu.

Namun bagi Rumah Orang-orang Tua ISLAM Tititan Abadi di Perak agak lain pula ceritanya kerana sehingga kini pusat penempatan orang-orang tua itu belum mempunyai akhiran atau ending yang positif.

Lebih malang keadaan pusat berkenaan boleh menitiskan air mata sesiapa saja melihatnya. Bantuan yang diperlukan bagi menaiktaraf pusat ini sangat-sangat diperlukan.

Justeru perkara yang bermain dibenak umum ketika insan sibuk mengejar harta dunia  terdapat  orang-orang tua  menjadi sebahagian statistic tetap di pusat-pusat ini.

Setengah  rumah orang-orang tua ini mengharapkan ihsan bantuan masyarakat lebih-lebih lagi pusat-pusat begini diusahakan oleh NGO yang mana dana banuan kerajaan sangat minima.

Inilah sebahagian kisah yang didedahkan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua ISLAM Titian Abadi (PEKITA) , Taman Kinta Perdana, Lahat,  Perak, Haji Ahmad Wan Chik.

Katanya terdapat anak-anak yang menyisih orang-orang tua mereka dengan menghantar ibubapa mereka untuk dijaga oleh pusat-pusat jagaan—malang  selepas itu mereka menghilangkan diri.

Beliau menghabiskan tujuh tahun  menjaga seramai 25 orang warga tua yang uzur di rumah kebajikan itu. Kebanyakkan orang-orang tua ini dilihat bermasalah dengan anak-anak mereka.

Haji Ahmad memastikan perjalanan kehidupan orang-orang tua dibawah jagaannya diberi perhatian seperti dari aspek kesihatan dan penyediaan makanan.

Dalam pertemuan itu beliau menceritakan keadaan premis yang agak uzur dan sempit yang menempatkan para penghuninya lebih-lebih 25 insan itu terdiri orang-orang  tua lagi uzur.

Menjawab soalan beliau berkata pusat jagaannnya  yang menerima geran bantuan kewangan RM30,000 setiap tahun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi kini  memerlukan sebuah bangunan rumah baharu yang lebih  besar dan dapat memberi keselesaan kepada penghuninya.

``PEKITA merupakan satu-satunya pusat jagaan orang-orang tua Islam pertama di negeri Perak  yang menerima geran bantuan kewangan sebanyak RM30,000 setiap tahun dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,'' ujarnya.

Pada Selasa beliau menerima bantuan berupa barangan keperluan harian daripada Wanita UMNO Gopeng dan FINISAR Malaysia Sdn Bhd untuk kegunaan di pusat jagaannya itu.

Katanya,  beliau amat bersyukur kerana pada tahun lalu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir  telah meluluskan dua ekar tanah di Ara Payung Mukim Sungai Dedap sebagai tapak pembinaan bangunan PEKITA.

Menurut Haji Ahmad disebabkan kekangan kewangan yang sedang beliau hadapi ketika ini maka usaha untuk membina rumah baru bagi menempatkan kesemua warga tua itu tidak dapat dilaksanakan buat ketika ini.

``Kami memerlukan dana sekurang-kurangnnya RM500,000 bagi membina rumah baharu sebagai pusat jagaan orang-orang tua Islam ini dan menyedihkan tiada mana-mana pihak yang tampil kedepan membantu menghulurkan sumbangan bagi pembinaan rumah baharu pusat jagaan ini,'' katanya.

Beliau mengakui ada penerima banyak panggilan daripada anggota keluarga yang ingin menghantar saudara mereka yang tua dan uzur ke pusat jagaan itu namun terpaksa menolaknya kerana penghuni sedia ada sudah terlalu padat selain kekangan kewangan.

Haji Ahmad berkata pihaknya merancang membina rumah baru untuk pusat jagaan itu jika memperoleh dana dari kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

``Setakat ini saya masih belum mendapat maklum balas berhubung permohonan saya itu dan saya mengharapkan agar permasalahan saya ini mendapat pertimbangan Menteri Besar dan Perdana Menteri,'' katanya.

Menyentuh soal perbelanjaaan, katanya, pihaknya membelanjakan antara RM8,000 ke RM9,000 setiap bulan bagi urusan pentadbiran pusat jagaan itu termasuk penyediaan makanan kepada warga tua selain menerima bantuan keperluan harian berupa makanan seperti gula kopi dan beras.

Haji Ahmad berkata, kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan  kepada pusat itu boleh menghubunginya ditalian 013-4793223/ pejabat no 34, Laluan KP1/6 Taman Kinta Perdana, Lahat Perak pejabat 05-3220244.-10/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 735  tetamu dalam talian