17November2018

Pakatan pembangkang dijangka buat 'Drama 2.0'

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjangkakan berlaku 'Drama 2.0' oleh pakatan pembangkang dalam tempoh 48 jam sebelum hari pengundian 9 Mei ini.

Beliau yakin tempoh terakhir ini pastinya digunakan pembangkang untuk memainkan drama atau cerita besar yang akan mencetuskan kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Katanya, tuduhan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli terhadap beliau adalah sebahagian daripada strategi awal pembangkang sebelum melakukan kejutan saat terakhir untuk menimbulkan kemarahan rakyat.

"Bermula dengan tuduhan terhadap BN dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) walaupun SPR tidak ada kena mengena dengan BN dan akhirnya ada kejutan Bangladesh Bahagian 2.

"Sudah tentu bukan cerita Bangladesh lagi tapi akan ada cerita lain contohnya sesuatu berlaku kepada pemimpin mereka. Jika berlaku apa saja, sudah tentu kita (BN) yang akan disalahkan," katanya selepas Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat di Taman Rashibah Indah Seremban hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda MCA yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Seremban, Datuk Chong Sin Woon.

Pada PRU-13, pembangkang menuduh kononnya kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh untuk mengundi BN, namun semua tuduhan itu terbukti palsu.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1085  tetamu dalam talian