24Oktober2017

Orang Perak mahu pemimpin yang faham masalah rakyat...

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir diminta terus kekal menerajui Perak sebagai Menteri Besar kerana mempunyai wawasan tinggi dan sentiasa mendekati rakyat.

Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Azhar Ahmad (gambar tengah) sepanjang mentadbir Perak sejak lapan tahun lalu, Zambry berjaya membawa perubahan dan banyak pembangunan untuk faedah rakyat negeri Perak.

`` Rakyat bukan minta yang hebat-hebat, mereka minta seorang pemimpin yang baik yang darahnya bersama rakyat, maksudnya dia (Zambry) faham masalah rakyat itu kelebihan yang ada padanya.

``Ini kerana beliau bukan daripada golongan orang kaya, orang bangsawan, beliau dilahir di kampung, rakyat biasa yang ibunya seorang suri rumah, ayahnya pelaut dan beliau tahu soal perit getir hidup, membesar, belajar dan akhirnya menjadi seorang pemimpin.

``Dr Zambry dapat merasai nadi rakyat…Allah  meletakkannya berjuang bantu rakyat  dan akhirnya cetusnya banyak idea dan kreativiti yang dilahirkan Dr Zambry sebagai contohnya YBU untuk membantu rakyat miskin dan golongan yang kurang upaya,’’ kata Azhar.

Menurut beliau, YBU yang merupakan medium utama dan penting untuk rakyat mendapatkan kemudahan bantuan modal perniagaan dan sebagainya kini menjadi kebanggaan rakyat Perak kerana mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa malah modelnya diikuti negeri-negeri lain.

Selain itu, katanya, Zambry turut menaikkan imej negeri Perak di persada antarabangsa apabila beliau mula memperkenalkan Pangkor Dialogue yang mengumpulkan para pemikir, inteklektual dan pembuat dasar untuk datang mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi menghasilkan idea-idea baru bagi manfaat manusia sejagat.

Azhar berkata, contoh paling berkesan yang dibawa  Zambry ialah program pemukiman yang telah berjalan selama lima tahun dengan menyelesaikan banyak permasalahan rakyat.

``Beliau turun ke bawah mendekati rakyat dengan penuh kasih sayang dengan mengikut moto menguatkan silaturahim dan ukhwah bersama umat tanpa mengira ras dan agama.

``Zambry bukan setakat turun menyelesaikan masalah rakyat malah turut bersama rakyat, tidur di masjid dan menerusi program yang diatur seperti berceramah di masjid, bersukan bersama rakyat dan sebagainya,’’ katanya.

Azhar turut menceritakan sebagai pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri Besar, ramai rakyat datang  menemuinya menyatakan hasrat mereka meminta Zambry terus kekal menjadi Menteri Besar menerajui negeri Perak.

``Ramai yang datang menemui saya menyatakan secara peribadi mereka sayang kepada Zambry dan mahu beliau terus kekal menjadi Menteri Besar bagi meneruskan agenda pembangunan dan sosial ekonomi rakyat di negeri ini,’’ katanya.-10/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 880  tetamu dalam talian