18Julai2018

Mutalif ikrar selesaikan isu rakyat yang diabaikan PKR

Pengundi perlu lebih bijak dalam memilih wakil rakyat yang benar-benar mewakili mereka dan bukannya sekadar calon tangkap muat yang mempunyai agenda peribadi demi kepentingan sendiri.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim berkata setiap kawasan memerlukan pejuang isu rakyat yang mampu menyelesaikan masalah mereka untuk kehidupan yang lebih selesa dan harmoni.

"Apa guna kita bercakap isu lain kalau isu asas rakyat seperti lif rosak, peningkatan kes denggi, dadah tidak diselesaikan kepimpinan terdahulu?

"Inilah isu yang setiap hari dihadapi penduduk terutama di DUN Taman Medan. Kalau ini tidak mampu diselesaikan, bagaimana pula kita boleh bercakap mengenai isu-isu besar sekadar untuk nampak hebat di mata rakyat," katanya.

Justeru tegasnya, aktivis kemanusiaan yang mempunyai pengalaman luas dalam misi bantuan dalam dan luar negara itu telah menggunakan pengalamannya bagi mendekati, mendengar dan mencari jalan penyelesaian mengenai masalah dibangkitkan penduduk sekitar.

Menurutnya, masyarakat setempat mengadu, isu lif dan gejala sosial sudah menjadi buah mulut yang tidak boleh diselesaikan sejak wakil rakyat telah dipilih yang mana ia lebih banyak menemui jalan buntu dan pintu kegagalan.

DUN Taman Medan di bawah Parlimen Petaling Jaya menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Abdul Mutalif, Ariffin Mahayuddin (Pas) dan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (PKR).

Penyandang DUN Taman Medan ialah Haniza Mohamed Talha dari PKR yang memegang kerusi itu sejak PRU12. -8/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 406  tetamu dalam talian