26Julai2017

MRT menjadi elemen terpenting dalam transformasi pengangkutan awam darat...

“Sejak enam tahun yang lalu, pelbagai inisiatif Kerajaan di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara telah secara asasnya mentransformasikan penggunaan pengangkutan awam darat dan menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang harian kepada 1.1 juta pada hari ini.
 
Tahun 2016 khususnya, telah menyaksikan rangkaian pengangkutan awam darat Greater KL/Lembah Klang menerima pertambahan kapasiti yang ketara dengan pembinaan sambungan LRT dan pembukaan Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang merangkumi 12 buah stesen. 
 
Dengan pelaksanaan penuh Fasa 2 MRT Laluan SBK pada 17 Julai yang menyambungkan laluan daripada Semantan sehingga Kajang, sistem tersebut mempunyai kapasiti untuk menampung 400,000 penumpang harian. 
 
MRT akan turut menyumbang kepada peningkatkan jumlah penumpang ke arah mencapai perkongsian mod 40% pada tahun 2030.
 
Perkhidmatan MRT ini yang mempunyai anggaran masa perjalanan selama 84 minit (dari hujung ke hujung), dengan kekerapan 3.5 minit ketika waktu puncak, mempunyai jarak laluan sejauh 51 km dan menyepadukan 7 stesen rel yang sedia ada, serta berupaya menjimatkan masa perjalanan pengguna. I
 
Ia juga menawarkan 14 stesen yang dilengkapi dengan kemudahan parkir ('park and ride') bagi menggalakkan orang ramai meninggalkan kenderaan mereka dan menggunakan MRT, yang secara sekali gus akan mengurangkan emisi karbon ke alam sekitar.
 
MRT menetapkan satu penanda aras bagi semua perancangan masa hadapan kita yang mengambil kira keperluan kesalinghubungan serta peningkatan mutu kehidupan rakyat. 
 
MRT dibina bagi kegunaan berterusan generasi yang akan datang, malah stesen-stesen yang didirikan merupakan seni bina yang indah dipandang serta mempunyai pelbagai ciri-ciri reka bentuk yang mesra pengguna. 
 
Perkhidmatan ini turut disokong dengan 300 bas perantara yang beroperasi di dalam linkungan jarak 5 sehingga 7 km daripada Laluan MRT.
 
Sementara itu, projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 2: Sungai Buloh-Serdang–Putrajaya dan Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT 3): Bandar Utama–Johan Setia dijangkakan akan membuka jalan kepada peluang-peluang bagi pembangunan berorientasikan transit (TOD).
 
Projek-projek TOD akan membantu Kerajaan mendapat kembali pulangan kepada pelaburan besar yang telah disalurkan bagi meningkatkan perkhidmatan rel dalam bandar. 
 
Kesemua ini dilakukan bagi memenuhi keperluan pertumbuhan jangka masa panjang GreaterGreater KL/Lembah Klang," menurut Mohd Azharuddin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif, SPAD.- 16/7/2017
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 700  tetamu dalam talian