23Oktober2017

Mohon JAIPk luluskan pendaftaran Maahad Tahfiz

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) diminta meluluskan segera pendaftaran sekolah agama Maahad Tahfiz Al-Qurab As-Syaafi Kampung Baru Tambun bagi memboleh 14 pelajarnya meneruskan silibus pembelajaran dan menjamin keselamatan bangunan sedia ada.

Menurut Mudirnya, Mohd Adil Mohd Fadzil, pihaknya telah membuat permohonan pendaftaran kepada JAIPk sudah setahun lebih iaitu awal tahun 2016 namun masih belum menerima jawapan sehingga ke hari ini.

Katanya, Maahad itu mula yang dibuka sejak tahun 2012 dan berpindah tempat sehingga ke kekal di tapak baru di Kampung Baru Tambun kini mempunyai seramai 14 orang pelajar berumur antara 13 hingga 17 tahun.      

``Saya memohon agar permohonan Maahad Tahfiz ini untuk didaftarkan di bawah kerajaan negeri diluluskan segera demi masa depan pelajar,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan beberapa Ahli Parlimen dan DUN Belia Perak di Maahad Tahfiz itu pada Rabu.

Pada kunjungan itu rombongan tersebut telah meninjau keadaan keselamatan bangunan Maahad Tahfiz itu termasuk dari segi pendawaian elektrik yang pada kesimpulan mereka masih perlu diganti dengan pendawaian baru.

Pada majlis itu rombongan terbabit telah memberi penerangan berhubung cara penggunaan alat pemadam api  kepada pelajar sebelum menyumbang empat set alat pemadam api kepada pihak pengurusan Maahad Tahfiz berkenaan.

Sementara itu menurut Mohd Naim Al Amin, pihaknya akan meneruskan program menjelajah ke lebih 100 buah sekolah agama di Perak termasuk 42 buah sekolah agama yang berdaftar di bawah kerajaan negeri.

``Program jelajah kita selepas ini dijangka akan disertai oleh pelbagai agensi yang berkaitan selain sektor korporat dengan kerjasama masyarakat setempat.'' katanya.-12/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 798  tetamu dalam talian