20September2014

Misi KP1M: Malaysia saja yang masuk ke daerah bencana Taufan Bopha sampai bantuan

phi-1a
phi-2a
phi-3a
phi-4a
phi-5a
phi-6a
ph15-lead
mindanao1xx
ph7x
ph10xx
ph18xx
ph17xx
ph14xx
ph11xx
ph16xx
ph2x
ph4x
ph12xx
phi-bantu1-1axx
phi-bantu3-axx
phi-bantu5xx
phi-bantu6-axx
phi-bantu7xx
phi-bantu9-axx
phi-bantu-tidor2xx
phi-bantu-tidorxc
bhopa1xx
bhopa2x
kpim-phi7xx
kpim-phi8xx
kpim-phi9xx
kpim-phi1xx
kpim-phi2xx
kpim-phi4xx
kpim2xx
kpim3xx
KEMASKINI : Baganga, Cateel, Boston, New Bataan, Compostela Valley dan Laak merupakan enam daerah yang paling teruk terjejas akibat Taufan Bopha di Mindanao,Selatan Filipina.

Kalau nak tahu dengan kedatangan Kelab Putera 1 Malaysia  dalam misi bantuan empat hari ,Malaysia merupakan satu-satunya negara yang masuk terus ke semua daerah ini dan sampaikan sendiri bantuankepada mangsa.

Negara lain hanya sampaikan bantuan di kedutaan Filipina di negara masing-masing sahaja.

Malaysia merupakan perintis dalam usaha sebegini, kata Pengerusi KP1M Datuk Azeez Abdul Rahim setibanya konvoi misi KP1M dia New Bataan, Compostela Valley yang paling teruk terjejas akibat taufan 3 Disember itu.

Gabenor di daerah ini (Compostela Valley), Arturo “Chiongkee” T. Uy sangat teruja dan kagum dengan usaha yang dijalankan oleh negara kita.

Mereka tak sangka yang misi KP1M  sanggup masuk ke setiap daerah yang terjejas. Misi ini juga mendapat sokongan kerajaan kepimpinan Presiden Filipina Benigno Aquino III.

Seramai 20,000 orang menerima bantuan di New Bataan ini dimana di kawasan ini sahaja terdapat kematian dan kehilangan melebihi 1,000 orang.

Walaupun sudah lama hilang, ada di antara kaum keluarga mereka masing menaruh harapan untuk menemui kaum keluarga mereka yang hilang akibat tertimbus oleh banjir lumpur yang tebal.

Kebanyakan mangsa yang mati dan tidak ditemui ialah akibat dihempap oleh pokok kelapa dan tertimbus oleh banjir lumpur yang tebal akibat daripada taufan ini yang bukan sahaja membawa angin yang kuat tetapi juga kandungan air yang tinggi.

Pada masa yang sama,KP1M juga menyalurkan bantuan ubat-ubatan dan keperluan perubatan di jabatan kesihatan di new bataan.

Bantuan juga disalurkan ke kawasan Laak serta peralatan perubatan ke pejabat datuk bandar compostela valley sbelum pulang ke bandr Davao.

Misi Bantuan Kemanusian KP1M akan pulang ke tanah air pada 3 petang Khamis selepas melawat dan memberi bantuan kepada pihak pengurusan dua masjid yang daif serta rosak akibat kebakaran di bandar Davao ini.

Azeez menyampaikan sumbangan USD 10,000 masjid Nourul Iman di Kampung Islaverde Blvd untuk tujuan menaik taraf masjid serta bahan makanan bagi tujuan mengadakan kenduri doa selamat.

Beliau jua menyatakan yang masjid ini akan menjadi masjid angkatnya.-27/12/2012- OLEH MOHAMED HIEKAL DAN HILMI JAAFAR



KP1M salur bantuan untuk mangsa banjir di Terengganu, Pahang


Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menggerakkan usaha untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu dan Pahang dengan menghantar lima kontena berisi barangan keperluan asas termasuk makanan.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata bantuan itu adalah untuk kegunaan mangsa banjir di dua negeri yang dilapor menempatkan kira-kira 10,000 mangsa di pusat pemindahan.

"Kita hantar bantuan seperti barangan kebersihan diri, makanan, minuman, selimut termasuk tilam dengan masing-masing sebanyak 1,000 pek," katanya kepada pemberita ketika mengulas bantuan yang disalur kepada mangsa banjir di Pahang dan Terengganu selepas mengagih bantuan misi kemanusian KP1M di daerah New Bataan, Compostela Valley dekat Davao, Rabu.

Bernama melaporkan Beliau berkata pihaknya turut menggerakkan dua pasukan perubatan seramai lapan orang dan dua ambulans milik KP1M ke setiap negeri terlibat.

Katanya, misi bantuan yang diketuai Bendahari Kehormat KP1M Abdul Mutalib Abdul Rahim itu juga akan bekerjasama dengan pihak Majlis Keselamatan Negara dan polis untuk memastikan bantuan sampai ke pusat pemindahan.

Sementara itu, misi bantuan kemanusiaan diteruskan dengan lebih 20,000 keluarga di New Bataan, yang terjejas teruk dalam taufan Bopha, menerima agihan sumbangan berbentuk kelengkapan kebersihan, makanan, beras, kain batik dan beberapa kelengkapan asas.-26/12/2012





Misi KP1M: sayu melihat kemusnahan Taufan Bopha

Peluang mengikuti Misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) empat kali - Rohingya di Burma,pelarian Syria di Jordan,Palestin di Gaza dan terbaru mangsa Taufan Bopha di Mindanao membuat rasa amat bertuah Malaysia tidak pernah dilanda malapetaka sebegini rupa.


Peta Mindanao...tanda anak panah merah merupakan kawasan dimana misi KP1M hantar bantuan kepada mangsa Taufan Bopha


Banjir yang kini melanda beberapa kawasan di Pantai Timor negara kita boleh kata adalah secebis sahaja kalau nak dibandingkan dengan penderitaan yang dilalui oleh manga taufan 3 Disember yang mencetuskan kemusnahan teruk di Selatan Filipina.

Bantuan yang dihulurkan oleh misi KP1M yang diketuai oleh Datuk Azeez Abdul Rahim pasti tidak mungkin akan dapat menyelesaikan masalah kawasan yang bagai dilanggar burung Garuda ini.

Namun wajah-wajah sayu dan syukur jelas terbayang pada mangsa-mangsa yang terima bantuan sokongan dari misi orang Malaysia ini.

Ramai yang mengucapkan terima kasih atas kedatangan misi KP1M.

Dicelah itu kebanyakan anggota misi seramai 47 orang ini kelihatan menahan sebak melihat kemusnahan yang tidak mereka lalui ini.

Datuk Azeez sendiri mengakui inilah pengalaman pertama beliau melihat kemusnahan yang cukup dasyat akibat dari taufan yang kencang.

Kata orang a picture is worth more than a thousand word.Mungkin gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang misi setakat ini boleh memberi gambaran situasi di Mindanoa,khususnya kawasan Baganga yang dijangkau oleh KP1M.- OLEH MOHAMED HIEKAL DAN HILMI JAAFAR-26/12/2012









Angggota misi KP1M tidor beralaskan kotak...



Hari ketiga misi KP1M diteruskan setelah semua anggota sukarelawan KP1M hanya tidur beralaskan kotak di Kolej St Mary di Baganga pada Isnin malam .Kolej ini juga rosak teruk di tingkat atas sekali akibat taufan. Pada pagi ini, KP1M mengagihkan bantuan berbentuk ubat-ubatan beserta peralatan perubatan dan pada masa yang sama, bantuan sebanyak 50,000 peso diberikan kepada sebuah masjid untuk pembinaan kerana rosak teruk akibat taufan di daerah tersebut.


 
Selepas itu kami bertolak ke sebuah perkampungan di kawasan Cateel yang juga rosak teruk kerana berada di laluan taufan Bhopa ini. Sebanyak 800 keluarga menerima bantuan berupa keperluan asas, beras, selipar serta berus gigi. Keadaan kemusnahan dinkampung ini hampir sama dengan Kampung Likun di Baganga.


 
Bantuan yang sama turut diberikan kepada 450 keluarga di sebuah perkampungan di kawasan Boston. Mereka amat menghargai bantuan dari rakyat Malaysia ini.


 
KP1M juga menghulurkan bantuan berupa ubat-ubatan serta peralatan perubatan di  hospital di daerah Cateel. Daripada maklumat yang diberikan oleh pihak hospital, penduduk di kawasan sekitar ini berdepan dengan ancaman cirit birit, radang paru-paru dan penyakit kulit. Ini adalah disebabkan oleh keadaan persekitan serta air dan bahan makanan yang tercemar.


 
Keadaan hospital yang mempunyai 31 pesakit pada tika ini sangat daif dan menyedihkan amat memilukan bagi mereka yang pertama kali melihat situasi ini. Katil bayi di hospital ini hanya beralaskan kotak ada diantara pesakit di sini hanya tidur diatas stretcher.


 
Setelah selesai semua urusan pengagihan bahan bantuan, konvoi kami terus menuju ke Bandar Tagum dan bermalam di sana sebelum meneruskan lagi misi pada keesokan harinya. Perjalanan selama lebih 6 jam kami lalui untuk sampai ke Bandar Tagum.-25/12/2012- OLEH MOJAMED HIEKAL DAN HILMI JAAFAR




Hari pertama misi Kelab Putera di Mindanao...kebimbangan dilanda taufan terlerai

KEMASKINI:Alhamdullilah..kebimbangan awal  kalangan anggota misi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Mindanao mengenai kemungkinan gelombang kedua taufan Bhopa melanda terlerai  dan segala urusan salur  bantuan berjalan lancar.

Tiada angin taufan melanda kawasan berkenaan seperti yang dilaporkan sebelum mereka bergerak dari Davao pada jam 6 pagi.Mereka cuma menempuh hujan renyai sekejap-sekejap sepanjang perjalanan.

Pada gerakan hari pertama anggota KP1M melalui perjalanan selama lapan jam melalui jalan yang berbagai rupa - ada yang elok dan ada yang teruk  sebelum sampai ke destinasi pertama  dilanda Taufan Popha pada 3 Disember lalu yakni Baganga.

Suasana persekitaran memang teruk dan menyedihkan melihat rumah-rumah yang musnah dan pokok tercabut sana sini.

Mangsa taufan itu kebanyakan tinggal di kem-kem sementara.

Misi KP1M bergerak ke situ menaiki enam buah van ,dua trak bawa bantuan dan dua trak tentera Filipina yang jaga keselamatan misi.

Komander Batalion Infrantri 67IB Lt Kolonel Krishnamurti Mortela pada sidang akhbar selepas agihan bantuan oleh KP1M di Barangay Lucod, Baganga berkata setakat ini bantuan makanan adalah mencukupi. Bantuan itu disumbangkan oleh pelbagai NGO, sejak taufan Bopha melanda pada 3 Dis.

"Terdapat 19,000 keluarga di Banganga yang memerlukan bahan perlindungan seperti khemah dan tandas serta kit cucian untuk kegunaan harian.

"Kesemua 31 sekolah di Baganga musnah, jadi kami memerlukan kira-kira 1,000 kabin untuk dijadikan bilik kelas dan perlindungan sementara," katanya.

 Mortela yang juga Ketua Pos Koman Insiden di Baganga berkata mereka juga berharap kerajaan Malaysia dapat membantu mangsa membina semula rumah mereka dan memulihkan bekalan elektrik.

Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata setakat ini pihaknya telah mengagihkan bantuan kepada penduduk kampung di Barangay Lucod dan akan meneruskannya di kawasan lain.

Pengerusi KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata setakat ini bantuan telah diagihkan kepada penduduk kampung di Baranga Lucod dan akan meneruskannya di kawasan lain.

Lebih 1,700 mangsa menerima bantuan kemanusiaan dari KP1M termasuk keperluan asas seperti beras, kit cucian dan beberapa makanan krismas terutama untuk kanak-kanak.

"Esok, kita akan teruskan misi agihan bantuan ke kawasan Carteel dan Boston," katanya.

Sementara suasana di Baganga yang terletak di tepi pantai ke Timur bandar Davao sudah gelap sekitar jam 6 petang.

Wartawan Agendadaily yang dapat berhubung menerusi telefon bimbit yang tidak begitu jelas berkata anggota misi mungkin terpaksa tidor atas lantai saja di dua buah rumah di situ. - OLEH MOHAMED HIEKAL DAN HILMI JAAFAR-24/12/2012


Misi bantuan KP1M berdepan risiko taufan

Bernama melaporkan tengahari Isnin ,Misi kemanusiaan Malaysia kelolaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bagi membantu mangsa taufan Bopha di wilayah ini berdepan risiko taufan sekitar 6 petang Isnin.

Presiden KPIM Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi itu berkata beliau dimaklumkan Konsul Jeneral Malaysia di Davao City Abdullah Zawawi Tahir, bahawa pergerakan taufan dikesan menuju ke lokasi sama yang dilanda taufan Bopha pada 3 Dis lalu.

"Taufan (baharu) ini dijangka melanda sebahagian Mindanao termasuk lokasi di mana kita akan serahkan bantuan dalam tempoh 12 jam dari sekarang (6 pagi).

"Bagaimanapun, kita masih belum mendapat jangkaan kelajuan serta sejauh mana seriusnya taufan kali ini," katanya kepada pemberita di Davao.

Menurutnya misi itu yang kini dalam perjalanan ke bandar Banganga, iaitu antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat taufan Bopha tersebut, akan dimaklumkan mengenai situasi semasa setiap setengah jam oleh pihak berkaitan serta dipantau Abdullah Zawawi.

"Kita akan mendengar arahan dan bersedia membuat evakuasi sekiranya diarahkan," kata Abdul Azeez sambil meminta rakyat Malaysia mendoakan keselamatan semua anggota misi kemanusiaan itu.

Misi yang disertai 47 sukarelawan termasuk petugas perubatan dan warga media itu, tiba di sini Ahad dengan pesawat Charlie milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang turut membawa bantuan seberat lapan tan.

Sementara itu, Abdullah Zawawi berkata pihaknya sedang memantau laman web rasmi Jabatan Meteorologi Korea untuk mengikuti perkembangan semasa berkaitan taufan yang dijangka melanda Mindanao.

"Jenis dan kelajuan taufan itu masih belum dikenal pasti, namun hujan lebat dijangka berlaku ketika anggota misi kemanusiaan ini tiba di Banganga kira-kira 12 tengah hari," tambahnya.-24/12/2012







Misi Kelab Putera tiba di Davao dan akan mula beraksi Isnin



Misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang tiba di Davao City jam 4 petang Ahad waktu Malaysia akan melawat Banganga dan Carteel Isnin, iaitu dua daerah paling teruk terjejas di Mindanao dalam kejadian taufan Bopha pada 3 Dis lalu.

Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata mereka menyasarkan untuk membantu kira-kira 80,000 keluarga yang terjejas dengan memberi makanan, kit kebersihan diri, ubat-ubatan dan produk nutrisi bayi sepanjang misi berkenaan.

Ketibaan misi yang disertai 47 sukarelawan termasuk petugas perubatan dan warga media bagi membantu mangsa taufan Bopha di wilayah selatan Filipina itu setelah penerbangan lapan jam di Pangkalan Tentera Udara Filipina (PAF) di situ disambut Konsul Jeneral Malaysia di Davao City,Abdullah Zawawi.

Abdullah memberitahu taufan Bopha telah menyebabkan 1,050 nyawa terkorban dan 850 masih hilang.

"Setakat ini hanya satu keluarga rakyat Malaysia terjejas di Cagayan, apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran yang diakibatkan taufan itu," katanya.

Taufan itu merupakan paling dahsyat melanda Mindanao dalam tempoh beberapa dekad, mengakibatkan banjir kilat serta tanah runtuh yang menjejaskan 6.2 juta penduduk.-23/12/2012 - OLEH MOHAMED HIEKAL DAN HILMI JAAFAR


Misi Kelab Putera  di ' ground zero' Taufan Bopha, Mindanao dijangka amat mencabar

Berbeza dengan misi-misi sebelum ini,pemergian 47 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) untuk membantu mangsa Taufan Bopha di Mindanao,Selatan Filipina dijangka amat mencabar.

Ini kerana mereka akan berada di kawasan ' ground zero' taufan 4 Dis lepas yang  dilaporkan telah meragut 1,050 nyawa selain mencederakan lebih 2,000 orang manakala 800 orang lagi masih hilang.

Presiden KP1M Datuk Azeez Abdul Rahim dalam sidang akhbar sebelum berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang ke sana pagi Ahad berkata berdasarkan laporan anggota kelab yang sudah berada di sana mendapati, keadaan di kawasan berkenaan amat teruk hinggakan tiada yang boleh dianggap sebagai tempat tinggal.

"Keadaan dan kawasan begitu daif dan amat teruk. Kami juga berdepan cabaran tiada tempat rehat yang sempurna. Anggota-anggota kami mungkin tidur di belakang masjid atau dewan kerana memang tiada hotel (yang beroperasi).

"Kawasan kami adalah di 'ground zero'. Saya percaya itu tidak menghalang pasukan kami melunaskan amanat dan tanggungjawab untuk membantu mangsa bencana di Mindanao," katanya.

Menurut Azeez misi KP1M akan menumpukan bantuannya kepada penduduk di kawasan daif .

Katanya KP1M berharap dapat menyampaikan sumbangan itu kepada 80,000 keluarga yang ditempatkan di tiga khemah di kawasan bencana tersebut.

Misi yang turut disertai doktor dan wartawan, berlepas ke Mindanao menaiki pesawat Charlie milik TUDM untuk perjalanan kira-kira tujuh jam bagi melaksanakan misi lima hari itu yang turut membawa 36 tan barangan makanan, ubat-ubatan serta kerusi roda.

Turut serta dalam misi itu ialah wartawan Agendadaily Mohamed Hiekal dan jurugambar Hilmi Jaafar.
 
"Kita ada rakan-rakan di sana termasuk Islam dan bukan Islam dan ada juga yang bakal menyambut Hari Krismas. Diharapkan bantuan ini mampu meringankan beban mereka," katanya.

Ini merupakan bantuan ketiga dari Malaysia selepas dua bantuan membabitkan makanan, pakaian serta barangan keperluan harian bernilai RM600,000 diserah pada 7 dan 14 Dis lepas.-23/12/2012




Misi kemanusiaan Kelab Putera ke Selatan Filipina Ahad ini

Selepas baru-baru ini ke kawasan orang Rohingya di Myanmar kemudian ke kem pelarian orang Syria di Jordan dan terbaru ke Gaza,Palestin...Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan turun padang lagi Ahad ini untuk menghulurkan bantuan menerusi misi kemanusian mereka.

Kali ini KP1M akan ke selatan Filipina.Semua orang sudah tahu bagaimana teruknya wilayah itu dilanda taufan Bopha baru-baru ini.

Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata misi itu akan membawa bantuan seberat lapan tan dan disertai 47 sukarelawan termasuk petugas media.

Bantuan yang meliputi makanan, ubat-ubatan dan produk nutrisi bayi itu akan dihantar menaiki pesawat Charlie milik Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM), katanya pada sidang media, di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurut Abdul Azeez, misi itu ke sana selepas KP1M mendapat segala maklumat yang diperlukan daripada enam sukarelawan yang dihantar ke kawasan bencana sebagai pasukan peninjau semalam.

Abdul Azeez yang akan mengetuai misi itu, berkata beliau telah bertemu Duta Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya yang memberi jaminan mengenai aspek keselamatan di kawasan terlibat.-21/12/2012

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 612  tetamu dalam talian