10Disember2018

MCA tidak gentar pertandingan tiga penjuru

MCA tidak gentar untuk berdepan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata tindakan Pakatan Harapan khususnya DAP yang sering bermain ‘politik sentimen’ sudah tidak diterima berbanding Barisan Nasional (BN) yang sentiasa komited dalam memastikan rakyat terbela.

“MCA bukan seperti DAP yang suka memecahbelahkan rakyat dengan mencipta pelbagai sentimen malah parti itu juga tidak mempunyai agenda pembangunan tersendiri dalam membela rakyat.

“Kita (MCA) yakin dengan kekuatan sekarang dan akan memberi ‘lebih’ lagi kepada rakyat. Sekarang rakyat bukan lagi seperti dahulu, dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan politik retorik, ” katanya di Kota Bharu Kelantan.

Liow juga berkata MCA akan melakukan perubahan dan cuba menambah keanggotaan parti khususnya di Kota Bharu berbanding 5,000 anggota ketika ini.

“Difahamkan, ada 9,000 pengundi kaum Cina di Kota Bharu. Kami akan membuat perjumpaan dengan mereka dan pastikan mereka akan mengundi BN, ” katanya.-17/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 316  tetamu dalam talian