23November2017

MB Perak cadangkan denda maksimum terhadap pencuri kabel

Kecewa dan geram dengan kes kecurian kabel  telekomunikasi yang masih berleluasa, Menteri Besar Perak meminta polis (PDRM)  meneruskan siasatan dan tangkapan kerana “mereka ini pihak yang tidak bertanggungjawab.”         

Serentak dengan itu sebagai pengajaran Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mencadangkan denda maksimum terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kegiatan haram ini.

Katanya kerajaan negeri sama sekali tidak akan  bertoleransi dengan pihak yang cuba mencuri prasarana khusus untuk kegunaan orang awam.

“ Kita inginkan tindakan-tindakan segera . . . dan saya ingin ucapkan di sini. . . polis telah dan sedang menjalankan gerakan-gerakan yang kemas untuk memastikan kes kecurian kabel-kabel khususnya kabel talian komunikasi ini dapat diselesaikan.

``Di kawasan Manjung antara kawasan yang menjadi tumpuan. . . saya mohon kepada polis teruskan usaha-usaha ini kerana kalau kita tidak lakukan tangkapan-tangkapan ini kegiatan-kegiatan ini akan terus berleluasa.

``Kita tidak boleh bertoleransi dengan mereka yang mencuri prasarana ataupun infrastruktur-infrastruktur  untuk orang ramai seperti kabel ini . . . kabel ini untuk kegunaan orang ramai.

``Bayangkan ada sifat-sifat yang tidak bertanggungjawab ini ..saya telah mohon kepada pihak yang berkuasa supaya mereka yang ditangkap hendaklah diberikan denda semaksimum mungkin.

``Kita tak boleh biarkan . . . . kerana bayangkan sikap yang begitu, orang yang langsung tidak bertanggungjawab  dengan hak-hak orang ramai ini…bayangkan tiba-tiba dia pergi..ada tindakan khianat…dia pergi potong sumber air apa akan berlaku (pada) satu satu kawasan.

``Ada tindakan khianat umpamanya dia pergi curi satu bahan seperti cooper dan sebagainya yang melibatkan talian letrik atau talian telekom ke .. talian kominikasi yang lain daripada syarikat-syarikat yang lain ini akan memberikan kesan kepada orang ramai,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Untuk rekod nada dan suara Menteri Besar dalam sidang media berkenaan dibayangi rasa keciwa dan marah serta mahukan masalah kecurian kabel ini diselesaikan serta merta.

Sementara itu kerajaan negeri Perak meluluskan RM100,000 untuk tujuan pasca banjir sebagai menunjukkan keprihatinan dan simpati kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Dr Zambry berkata peruntukan RM100,000 itu bagi membeli peralatan untuk tujuan pasca banjir seperti peralatan mencuci dan sebagainya.

``Peralatan in akan dihantar melalui team-team  daripada negeri Perak di mana mereka akan turun ke bawah membantu bagi urusan pacsa banjir selepas banjir.

``Kita sedia maklum masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan mangsa banjir ialah bagaimana  hendak mencuci, menguruskan selepas sahaja banjir berlaku di satu-satu kawasan,'' katanya.

Katanya walaupun  kita tidak dapat bertindak keseluruhannya tapi setidak-tidaknya menunjukkan keprihatinan kita bagi jiran kita yang menghadapi masalah ketika ini.

Menteri Besar juga mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi tabung khas bencana banjir sebagai persiapan dan keperluan menghadapi bencana alam seperti banjir.-9/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 662  tetamu dalam talian