25September2017

MB Perak akui laluan sukar bagi MBI muncul juara PBT

Kalaulah ianya anugerah tahunan nobel (atau nobel prize) dan kategori yang dipertandingkan adalah hal-hal berkaitan kepimpinan, Menteri Besar Perak dianggap calon yang paling layak.

Lebih manis  pihak juri akan memilih beliau secara konsensus melalui keputusan sebulat suara.

Kita bukan bercakap pasal hadiah nobel tetapi  mengenai pemilihan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai pihak berkuasa tempatan terbaik di negara ini. MBI memperoleh markah tertinggi,97.45% seperti diumum Tan Sri Noh Omar.

MBI turut mencatat rekod baru apabila memperoleh penarafan tujuh bintang. Pemilihan MBI berasaskan penilaian melalui Sistem Penarafan Bintang PBT (SPB-PBT) 2016.

Dan bukan setakat MBI, tujuh lagi PBT lain di Perak turut memperoleh penarafan lima bintang di bawah SPB-PBT dari 41 PBT seluruh negara yang diumum  penarafan sama.

Pendek kata melalui kepimpinan Dato Seri  Dr.Zambry Abd Kadirlah, MBI dan tujuh lagi PBT di Perak berjaya mengharumkan nama negeri dan PBT masing-masing. Tapi aspek ini tidak dipertandingkan.

Bagi Menteri Besar Perak pemilihan MBI selaku “juara” merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai apatah lagi untuk mempertahankan anugerah tersebut—tapi ia tidaklah mustahil.

Bagi rakyat negeri ini,prestasi yang ditunjukkan MBI dan tujuh PBT tempatan diperingkat kebangsaan berkaitan kepimpinan. Di celah-celah kritikan pembangkang khusus DAP, Dr.Zambry  membuktikan keupayaannya.

Sekadar rekod, pada ketika Dr.Zambry turun padang membantu pekerja MBI melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengangkat sampah sarap, DAP menghinanya melalui tuduhan Menteri Besar mencari publisiti murahan.

Siang tadi (Rabu) ketika mengadakan sidang media selesai mesyuarat mingguan EXCO, Menteri Besar masih lagi teruja pemilihan  MBI dan tujuh PBT dan mahu pihak media memberi fokas istimewa isu ini.

Beliau mengulangi kenyataan ketika MBI dinobat juara atau PBT terbaik di Malaysia, “ . . .   ia merupakan satu pengiktirafan yang mudah dicapai kerana terpaksa menghadapi persaingan besar.”

Katanya ia juga merupakan sebagai satu promosi yang baik bagi negeri Perak.

 `Ini satu promosi yang baik bagi negeri Perak dan menunjukkan juga bagaimana usaha kami yang berterusan bagaimana saya membimbing anak-anak buah saya untuk mencapai satu kejayaan yang hebat dan luar biasa.

 ``Ini bukan merupakan satu yang mudan untuk mencapai tahap ini kerana saingan yang besar yang kita terpaksa kita hadapi  seperti yang kita tahu Subang Jaya yang mempunyai semua fasilitis, Johor Bahru, Melaka George Town  dan Bandaraya Kuala Lumpur …ini antara bandaraya yang menjadi saingan kita tapi kita berjaya capai tahap jadi PBT terbaik di Malaysia,’’katanya.

  Dr Zambry kemudian meminta media tempatan memberikan gambaran yang baik dan telus bagi memboleh kerajaan negeri  terus berusaha mengekalkan pencapaian terbaik itu, membaiki MBI dan semua PBT.

Ketika ditanya pemberita apa resipi sebenar  disebalik kejayaan MBI mendapat  pengiktirafan terbaik itu, Dr Zambry mendedahkan lima resipi penting yang beliau terapkan kepada seluruh warga PBT di negeri Perak.

 `Resipi utama ialah saya memberikan ransangan kepada mereka.. .ransangan-ransangan yang positif kepada mereka,saya selalu sebutkan kepada mereka nothing is imposible ..kita boleh melakukan sepertimana orang lain lakukankan,’’ katanya.

 Resipi  keduanya, katanya  dari segi pendekatan iaitu semangat berpasukan yang kuat dalam kalangan kakitangan PBT.

 ``Saya sendiri perlu tunjukkan contoh teladan itu atas nama pasukan itu maka sebab itu saya turun bersama dengan mereka, saya berdailog dengan mereka, bertemu dengan mereka dan untuk program-program tertentu saya akan turun.

 ``Ketiga saya memecahkan benteng-bentang protokol yang terlalu tebal dengan semua anak buah saya bukan sahaja di Ipoh tetapi di seluruh negeri Perak.

 ``Keempatnya saya sentiasa memberi  aprisiasi kepada mereka kerana  usaha yang mereka laksanakan dan atas semangat inilah yang memberikan hasil yang baik kepada satu perubahan yang besar yang dapat kita lihat bukan hanya dalam kontek MBI tetapi juga di semua PBT.

 ``Dan kelimanya iaitu mereka mestilah konsisten ataupun istiqamah dalam gerak kerja mereka  dan mereka juga jangan cepat kecewa dengan kritikan dan anggaplah kritikan-kritikan itu sebagai satu cabaran yang  positif untuk mereka buktikan yang lebih baik,’’ kata Dr Zambry..

Namun begitu menurut Dr Zambry semua warga kerja MBI dan PBT di negeri ini tidak harus selesa dengan pencapaian ini sebaliknya mereka perlu bekerja keras dalam menguruskan kejayaan ini.

 ``Kita faham saban tahun mungkin ada  penilaian yang berbagai ..paling penting ialah bagaimana mereka perlu mengekalkan Bandarya Ipoh sentiasa menjadi antara bandaraya terbaik ataupun antara bandar yang terbaik antara pihak berkuasa tempatan yang terbaik dalam negara kita.

 ``Mereka perlu ada kriteria sama ada menjadikan ipoh antara lima yang terbaik ataupun  tiga yang terbaik di dalam negara kita..jadi sasaran itu kena ada .

 ``Cabaran sekarang ini ialah bagaimana nak mengekalkan kerana saingan nya semakin hebat dan dengan point 97 peratus almost perfect score jadi bayangkan macam mana nak urus… saya harap mereka dapat meneruskan usaha ini dengan sebaik-baiknya,  kekalkan pencapaian terbaik dari semasa kesemasa dari tahun ke tahun,’’katanya.

 Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada seluruh warga MBI yang diketuai Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zambri Man dan juga warga kerja PBT seluruh Perak kerana MBI mendapat pengiktirafan terbaik dalam sejarah PBT Negara.-17/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 493  tetamu dalam talian