16Januari2018

MB Perak akui bukan pakar ekonomi arak dan rokok

Sidang DUN Perak yang berakhir Isnin memberi peluang terakhir kepada Menteri Besar menyindir sikap pembangkang yang masih menjaja isu arak dan rokok agar items berkenaan dibenarkan dijual di Pulau Pangkor.

Untuk rekod sejak pulau itu diistiharkan sebagai pulau bebas cukai pembangkang melancarkan propaganda mengajak rakyat mencadangkan kerajaan negeri mengubah pengharaman dua items ini.

Selain dari itu Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir turut mengajar pembangkang termasuk dengan menyenaraikan pelbagai kejayaan dicapai negeri Perakdalam konteks pembangunan ekonomi serta juga kejayaan rakyat Perak.

Sebelum persidangan DUN dan begitulah ketika sidang berlangsung isu sama tidak telepas dari dibahas. Dengan lawak pembangkang sering bertanya “Perak ada apa . . .”

Muak dengan sikap mereka  Dr.Zambry secara spontan menyindir puak pembangkang dalam isu ini dengan berkata jika tuduhan pembangkang bermaksud beliau tidak pandai dalam ekonomi bab “arak dan rokok .. . . saya akui.”

Beliau turut menyenaraikan kejayaan dari segi pembangunan sejak menerajui Perak sebagai Menteri Besar  sebagai menjawab kritikan pembangkang “Perak ada apa . . .”

Sementara itu sidang kali ini dilihat yang terakhirsebelum PRUke14 diadakan turut menyaksikan Menteri Besar memperkenalkan konsep dan pendekatan baru.

Beliau memberi gambaran bahawa kerajaan negeri yang diterajuinya bukan dia mentadbirnya secara sendirian sebalik sebatai satu pasukan dan   secara kolektif.

Dengan secara tidak langsung  Menteri Besar bersama `Team' barisan Exconya menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan ahli-ahli Dewan termasuk wakil-wakil rakyat pembangkang ketika sessi pengulungan.

Pendekatan baru ini  termasuk apabila anggota Exco membantu Menteri Besar (diminta oleh MB) menjawab soalan-soalan daripada wakil-wakil rakyat pembangkang ketika perbahasan Enakmen Perbekalan atau Bajet Negeri Perak 2018.

Bajet 2018  negeri Perak  yang dibentangkan Dr Zambry bermula Selasa lalu telah dibahas dengan pelbagai cara oleh ahli-ahli Dewan ada yang kritikal, ada yang tidak kurang juga tersasar, malah ada yang menjengkelkan.

Namun bukan sesuatu yang mustahil sepertimana yang dikatakan oleh Exco kerajaan Datuk Saarani Mohamed yang juga Adun Kota Tampan yang mencelah semasa Menteri Besar menggulung perbahasanan sebaik manapun Bajet yang dibentangkan cubaan memberikan imej buruk tetap akan berlaku.

Dr Zambry menjelaskan kepada semua ahli Dewan bahawa beliau memilih pembentangan Bajet 2018 dengan satu naratif kejayaan dan pendekatan yang bersifat makro untuk memperlikan peruntukan serta program yang meliputi setiap daerah.

``Jawapannya mudah. . . inilah jawapan kepada Perak ada apa? . . apabila kita menunjukkan statistik dan kenyataan-kenyataan dikilas pula dengan hujah . . . ia tidak menunjukkan realiti . . . persoalannya jika saya tidak mengemukakan bukti-bukti maka sudah pasti disebelah sana memainkan usaha kerajaan dengan kegagalan.

`Bila ditunjukkan bukti dikatakan jumlah yang tidak mendapat manfaat yang lebih besar . . . dibawa kisah kejayaan hanya menampil seorang, dua saja . . .  apakah saya perlu membawa 104,000 anak Perak yang telah beroleh dermasiswa . . . apakah saya harus membawa 12,098 anak anak yang telah perolehi RM200 di bawah Tabung Pendidikan Amanjaya . . .”

Menteri Besar bertanya “ . . . adakah saya perlu membariskan ribuan penerima makro kredit  yang telah berjaya. . . . ratusan penerima kios Amanjaya yang telah merubah nasib mereka. . . ribuan yang menerima manfaat kedai bergerak satu Amanjaya. . . ribuan yang menerima bantuan Yayasan Bina Upaya (YBU). . . begitu juga dengan perumahan-perumahan kita bina.

``Sebagai kerajaan kita amat sedar antara pencapaian,statistik dan reality tidak bermakna apabila kita telah mencapai kejayaan maka kerja-kerja atau usaha akan dinokhtahkan atau diberhentikan.

``Sebagai  kerajaan yang bertanggungjawab kita akan meneruskan usaha kita kerana kita sedar rakyat masih memerlukan pembelaan malah sebagai kerajaan kita amat sedar rencamnya pengharapan rakyat.”

Kelihatan pembangkang terkaku melihat sang orator, Dr.Zambry , menambah``Satu perkara diselesaikan hari ini ...dua perkara pula akan muncul keesokkan harinya . . . begitulah seterusnya sebagai contoh dalam soal kemiskinan . . . angkanya sentiasa berubah dinamik . . . selesai satu kumpulan muncul pula satu kumpulan yang baru khususnya dikalangan mereka yang mudah miskin inilah antara faktor yang tidak dapat dijangka.

Katanya``tetapi sebagai sebuah kerajaan kita perlu meneruskan tradisi untuk membela rakyat namun persoalan-persoalan yang harus difahami dalam mengumpul kejayaan perlu ada panduan statistik bagi membolehkan penilaian dibuat .

“. . . jika statistik yang dikemukan dipersetankan sahaja ataupun diketepikan sahaja apakah petunjuk yang kita boleh terang (?). . . dalam soal kemiskinan dalam soal KDNK, dalam soal  pendapatan dan sebagainya.

``Apakah kita boleh hanya sandarkan kepada kenyataan-kenyataan retorik politik yang mengatakan inflasi berpuluh-puluh peratus. . . apakah kita boleh mengatakan dengan hanya sekadar melontarkan rasa. . .  cita rasa, rasa-rasa ataupun agak-agak apa yang kita pandang ...dia tak boleh begitu,'' jelasnya.

Menurut Dr Zambry lagi, dalam pembentangan bajet dia mesti bersandarkan kepada kaedah-kaedah formula sebagai contoh dalam konteks ekonomi dan KDNK yang dibicarakan oleh sebahagian wakil rakyat pembangkang seperti (ADUN) Setiawan, Kepayang, Pinji dan Teja yang sentuh soal dasar berkaitan kaedah-kaedah yang kerajaan gunakan.

``Oleh yang demikian saya ingin mengambil kesempatan dalam pengulungan ini untuk menerangkan kaedah supaya kita tidak dikelirukan daripada fakta yang sebenarnya. . . rakyat di luar sana yang sedang melihat mengetahui akan hakikat yang sebenarnya.

``Saya ingin perjelaskan isu asas mengenai ekonomi dan kewangan  seperti KDNK, inflasi, pendapatan perkapita dan beberapa istilah ekonomi yang nampaknya dibahaskan dan kelihatan ada yang cuba untuk faham tapi didapati ada yang kurang dapat memahami dalam kontek sebenarnya . . . ataupun sengaja hendak dimanipulasikan.

``Penjelasan ini perlu dibuat terlebih dahulu sebelum menyentuh perkara lain yang berkaitan dalam Bejet 2018 bagi mengelak kecenderungan ianya dimanipulasikan untuk mengelirukan rakyat.

``Saya ambil contoh daripada Setiawan . . . dalam perbahasan dengan gaya tersendiri tapi kali ini saya lihat dia macam tak seperti biasa. . .  dia bagi tugas anak buah dia yang lain sampaikan anak-anak buah dia tak tahu apa akan cakap hanya hentam saja.”

Katanya``contohnya Setiawan ada katakan selepas rampasan kuasa berlaku pada 6 Februari 2009  . . . KDNK perkapita rakyat Perak menjunam mendadak kepada 14,457 ringgit penurunan 1,142 atau 7.32 peratus dan dikatakan ini dosa rampasan kuasa.''

Pada penggulungan itu Dr Zambry turut perjelaskan kepada ahli-ahli Dewan berhubung usaha kerajaan untuk membangunkan Pangkor sebagai pulau bebas cukai mengikut acuan sendiri.

Katanya, kerajaan negeri Perak akan melaksanakan konsep pelancongan ‘syurga keluarga’ di Pangkor yang telah diisytihar sebagai pulau bebas cukai.

``Kita tak boleh nak bersaing umpamanya di Langkawi dan sebagainya sebab kita kena dengan cara kita dan kita berpandangan bahawa kita ingin jadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai berasaskan konsep `syurga keluarga'.

``Ia bukan merupakan sebuah pulau yang besar . . . ia hanya sebuah pulau yang kecil bagi keluarga-keluarga yang boleh datang dan berbelanja barang-barang keperluan kerana konsep bebas cukai itu bukan hanya tertumpu kepada arak dan rokok .”

Katanya di pulau bebas cukai juga terdapat  barang-barang seperti pinggan mangkuknya, pakaian berjenamanya, coklatnya, dalam masa sama barang-barang kristal, barang kemas, tas tangan, jam berjenama dan lain lain lagi.

``Kerajaan negeri juga mahu menjadikan Pulau Pangkor pulau bebas cukai yang menampilkan gaya hidup sihat dan bukannnya gaya hidup bebas dengan rokok dan minuman keras,” katanya.

Dr Zambry yang juga Adun Pangkor turut membidas cadangan yang dikemukakan Yong Choo Kiong (DAP-Tronoh) yang mahu status bebas cukai di Pangkor turut melibatkan rokok dan minuman keras.

Beliau berkata, bagi wakil rakyat pembangkang itu, tanpa rokok dan minuman keras, arak status bebas cukai tidak bermakna.

``Inilah otak ekonomi bebas cukai wakil rakyat Tronoh antaranya yang hanya melihat kepada rokok dan arak.

``Katanya saya tidak pandai ekonomi. . . biarlah saya tidak pandai, mentang-mentanglah dia seorang yang pandai. Jika hendak katakan saya tidak pandai ekonomi dalam bab arak dan rokok, saya akui. Lainlah Tronoh memang pakar ekonomi rokok dan arak,'' sindirnya. Ketika ini penyokong kerajaan memberikan sokongan melalui tepukan meja.

Sementara itu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak  meluluskan Enakmen Perbekalan atau Bajet Negeri Perak 2018 setelah dibahaskan empat hari oleh hampir kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Bajet 2018 Perak berjumlah RM1.17 bilion dibentang pada 21 November lalu yang bertemakan ‘Rakyat Aman dan Jaya’.

Daripada peruntukan itu, RM775.5 juta disediakan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM421.28 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

Ketika membentangkan bajet itu di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Dr Zambry berkata bajet itu memberi tumpuan kepada lima fokus utama.

Lima fokus itu ialah memacu pembangunan dan ekonomi negeri; memakmur dan mensejahterakan rakyat; melahirkan masyarakat berilmu dan generasi cemerlang; mengutamakan sara diri rakyat dan memulihara kelestarian sumber dan khazanah negeri.

Persidangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.-29/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 770  tetamu dalam talian