25September2017

MB Inc. terima kritikan tapi biar berasas... mesti ada bukti

Perbadanan Menteri Besar atau juga dikenali sebagai MB Inc. sentiasa mengamalkan dasar terbuka sebagai sebuah perbadanan yang diamanahkan oleh kerajaan negeri Perak dalam pengurusan mineral terutama pasir di negeri ini.

Ketua Eksekutif MB Inc., Datuk Aminudin Hashim berkata, warga kerja MB Inc sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang terbaik dan amanah yang diberikan untuk mengstruktur semula industri mineral tertamanya pasir.

"Memanglah mana-mana pihak dia boleh bercakap apa sahaja tentang tuduhan-tuduhan yang tidak berasas  tetapi pihak kami tidak ada . . .  nothing to hide kerana kita buat kerja ini sebagai satu amanah.  

"Kami menerima teguran daripada mana-mana pihakpun , kita terima dan kita sentiasa memperbaiki dari sehari ke sehari . . . dalam pengurusan pasir sebagai contohnya kita dapat memungut hasil yang lebih tetapi mesti ada komitmen dan kepercayaan.

"Kita terimalah tapi kalau tuduhan itu biarlah ada asas dan kalau ada yang rasa tak puas hati dan sebagainya kita sentiasa amalkan dasar terbuka,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai seramai 140 warga kerja MB Inc dan Kumpulan Amanjaya Holdings pada majlis lafaz ikrar dan menandatangani ikrar bebas rasuah di Hotel WEIL, Ipoh pada Khamis.

Majlis lafaz ikrar itu disaksikan oleh Pengarah SPRM Perak, Datuk Hajah Nooraziah Abu Manaf, Timbalan Pengarah Operasi SPRM, Haji Mohamad Hassan danTimbalan Pengarah Pencegahan SPRM, Ahmad Shukri Mohammad Taib.

Aminudin seterusnya menjelaskan bahawa  pihak MB Inc bertanggung jawab untuk menguruskan sumber mineral negeri sejak ia mula diaktifkan pada thaun 2012.

``Kini kita sudah mendapat hasil yang memberi pulangan sebanyak RM800,000 sehingga sejuta ringgit hasil setiap bulan… hasil yang dulu tidak dapat kerana ketirisan.

``Kami yakin dan percaya kalau sekiranya amanah, jujur dan intergriti dalam semua urusan terutama yang melibatkan pengurusn mineral kita akan mendapat hasil yang lebih banyak,’’ katanya.

Aminudin menjelaskan lagi, sejak mula penubuhannya pihak MB Inc., menekankan budaya kerja berintegriti dimana nilai perkongsian adalah berteraskan C.R.E.S.T iaitu C-Cleanliness & Commitment, R- Respect & Responsible, E- Economical & Enthusiasm, S- Secrecy & Safety and T-Trustworthy & Timeliness.

Katanya segala urusan atau keputusan adalah berteraskan nilai integriti yang tinggi dimana pematuhan dan proses yang ketat harus dilalui didalam memertabatkan nilai-nilai integriti.

``Pihak Perbadanan Menteri Besar Perak dan Kumpualan Amanjaya Holdings amat serius tidak akan bertoleransi dan akan mengambil tindakan  tegas jika terdapat salahlaku seperti melanggar disiplin atau penyalahangunakuasa" tegas Datuk Aminudin.

“Rasuah Bukan sahaja mencemarkan maruah malah merosakkan keseluruhan sistem nilai dalam sesebuah Negara, organisasi dan masyarakat.

`` Oleh itu, harapan saya agar Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan Amanjaya Holdings terhindar daripada jenayah rasuah yang sememangnya merupakan suatu tegahan agama dan Sosial”,katanya .

Sementara itu Pengarah SPRM Perak, Datuk Hajah Nooraziah, pula berkata, Ikrar Bebas Rasuah ini adalah unik dan berbeza berbanding Ikrar Integriti Korporat kerana ia memberi penekanan kepada ikrar serta janji yang dibuat oleh para kepimpinan(MB Inc.)

``Warganya dalam kapasiti sebagai individu untuk menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menjauhi serta menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang godaan rasuah dan salahgunakuasa, sepanjangmelaksanakan tugas.

"Tindakan para kepimpinan (MB Inc.) dan warganya menandatangani ‘Ikrar BebasRasuah’ ini, jelas memperlihatkan keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas rasuah demi menjalankan tanggungjawab dan amanahkepada rakyat,’’ katanya.-14/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 755  tetamu dalam talian