23November2017

MANTAP7, Biro IPTS terlibat bantuan pasca banjir

Kira-kira 300 sukarelawan yang terdiri daripadan Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) Sesi 7 dan para pelajar mahasiswa dari seluruh negara akan turun padang untuk terbabit dalam program sukarelawan pasca banjir di Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Turut bersama dalam misi kemanusiaan itu adalah sukarelawan dari Biro Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) UMNO yang dipengerusikan Datuk Razali Ibrahim, yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mantap 7 dalam kenyataannya pada Isnin berkata, tindakan pantas Kerajaan Persekutuan dibantu agensi berkaitan dalam misi bantuan kemanusiaan dan perubatan sewaktu banjir di Pulau Pinang ketika ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela kebajikan rakyat.

Tanpa mengira latar belakang politik, pelbagai bantuan kemanusiaan dan perubatan diagihkan ke segenap kawasan terjejas, membabitkan usahasama badan bukan kerajaan (NGO) seperti Biro Kebajikan UMNO (BIKUM) dan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

"Usaha itu bukti budaya politik matang yang diamalkan kerajaan terutama apabila membabitkan soal kemanusiaan," katanya.

Tambahnya, misi kemanusiaan dijalankan tidak kira ketika bah atau pasca banjir bukti keprihatinan kerajaan yang sama sekali tidak mengambil kira latar belakang politik bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa.

"Kerajaan sebelum ini sudah menyatakan komitmen untuk memperuntukkan kira-kira RM1 billion kepada kerajaan negeri Pulau Pinang bagi melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir di beberapa daerah.

"Turut dikerahkan adalah seramai 6,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan misi bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA 2.0) serta 500 pegawai dan anggota beserta pelbagai aset-aset seperti lori, van, kenderaan pacuan empat roda serta kenderaan pelbagai guna (MPV),” menurut kenyataan itu lagi.

Malah, kerajaan, agensi kerajaan dan NGO jelasnya, turut memberi sumbangan seperti beg sekolah, kontena berisi keperluaan asas dan kit bantuan kepada mangsa banjir merangkumi tilam, bantal, barang keperluan memasak serta makanan.

Justeru, MANTAP berharap dengan adanya bantuan daripada pihak kerajaan dan NGO, semua keperluan mangsa banjir dapat dipenuhi, sekali gus meringankan beban ditanggung mereka.

“Kita juga berharap pihak yang lebih berkemampuan digalakkan untuk saling membantu mangsa banjir tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik,” katanya.-13/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 669  tetamu dalam talian