20September2018

Lebih ramai calon wanita tanding di Perak

Barisan Nasional (BN) Perak sentiasa berusaha menambahkan calon wanita yang mewakili parti komponen untuk bertanding setiap kali pilihanraya diadakan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi BN Perak berkata, ini kerana peranan besar yang dimainkan wanita dalam menentukan kemenangan parti.

Menurut beliau,  sebagai bukti kerajaan Negeri Perak memberikan ruang kepada golongan wanita untuk terlibat sama menggalas tugas selaku exco dan tanggungjawab lain dalam pentadbiran kerajaan.

``Kita tidak boleh nafikan peranan wanita penting dalam setiap pilihan raya…sememangnya kita berusaha menambahkan lagi jumlah calon wanita termasuk UMNO dan parti komponen,” katanya  kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Wanita dan Puteri peringkat Negeri Perak di kediaman Menteri Besar di Ipoh pada Ahad.

Turut hadir dimajlis itu Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan barisan jentera wanita dan puteri peringkat Negeri Perak.

Menurut Dr Zambry,  komitmen wanita yang ditunjukkan diperingkat jentera pilihan raya berada pada tahap terbaik.

Sementara itu, Shahrizat menyifatkan jentera wanita yang diketuai Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Rusnah Kassim berada pada tahap yang sangat baik.

``Perpaduan, kerjasama berada pada tahap amat baik sekali komitmen dan persiapan jentera juga amat baik begitu juga Puteri pada kali ini juga kita mengabungkan tenaga wanita, pemuda, puteri malah cawangan, persatuan dan lain-lain.

``Kita sudah siap-siaga bila sahaja semboyan ditiup kita bersedia untuk turun,” katanya.

Menurut Shahrizat, sejak pentadbiran Zambry, pengupayaan wanita dan penglibatan mereka di negeri Perak berjalan dengan begitu sistematik dan sempurna.

Malah katanya, ramai wanita diberi tempat untuk menyandang jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Kira-kira 2,000 ahli jentera komponen BN melibatkan wanita dan puteri  hadir pada majlis itu.-19/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 428  tetamu dalam talian