24Mac2017

KP1M lancar tabung bantu Somalia yang dilanda kemarau…

Berikutan situasi kemarau serta kekurangan bekalan makanan di Somalia, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Somalia bagi membantu rakyat negara itu yang terjejas.
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Malaysia terpanggil untuk membantu negara terbabit selepas Timbalan Perdana Menteri negara itu Mohamed Omer Arteh, memaklumkan bahawa hampir 250 kanak-kanak meninggal dunia akibat kebuluran.
 
Beliau yang juga Pengerusi Tabung Haji mengalu-alukan rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap pemurah dan prihatin untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Somalia.
 
“Saya menceritakan masalah negara berkenan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau bersimpati.
 
“Perdana Menteri kemudiannya menyalurkan bantuan sebanyak AS100,000 (RM444,850) dan Lembaga Tabung Haji turut menyalurkan sebanyak RM50,000,” katanya pada Khamis.
 
 
Azeez menyerahkan cek bantuan kepada Mohamed Omer Arteh dalam satu majlis di Kuala Lumpur.
 
Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Salleh Said Keruak.- 15/3/2017
 
 
 
 
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 729  tetamu dalam talian