26September2018

KKMM pantau 'fakenews' dibuat agensi media asing...

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak yang terus menyiarkan berita palsu (fakenews), terutamanya berkaitan 1MDB sehingga menimbulkan fitnah.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jailani Johari berkata, kementeriannya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang memantau perkara itu.

“Dalam usaha kerajaan menangani gejala fitnah dan berita palsu dalam negara, kita dapati beberapa isu turut disemarakkan sumber dari luar negara.

“Terbaru, dalam usaha mencemar dan menjatuhkan kredibiliti perdana menteri, kementerian mengenal pasti beberapa portal berita dalam talian yang menyemarakkan kembali isu 1MDB, susulan rampasan sebuah kapal layar mewah oleh pihak berkuasa negara tetangga.”

Jailani berkata, portal yang dikenal pasti itu adalah Wall Street Journal, New York Times, The Economist, Australian Broadcasting Corporation (ABC) dan terbaru, MSNBC, menyiarkan berita palsu mengenai 1MDB sejak minggu lepas.

“Kementerian melalui SKMM memantau perkara ini dan menasihatkan portal ini berhenti menyiarkan berita-berita palsu, terutamanya berhubung kes 1MDB yang telah dibuktikan hasil siasatan bahawa dakwaan penyalahgunaan dan kehilangan wang tersebut tidak benar.”

Beliau berkata, semua maklum kes 1MDB disiasat pihak berkuasa, termasuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai ahli Parlimen pembangkang yang mendapati dakwaan penyalahgunaan wang itu tidak benar sama sekali.

“Kita percaya ini adalah sebahagian daripada usaha akhir beragenda politik yang memfitnah dan mencemar nama baik perdana menteri kita menjelang pilihan raya umum ke-14 tidak lama lagi.”-12/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 506  tetamu dalam talian