Kha06202013

Kemaskini terakhir05:07:43 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Dalam Negeri Jangan gadai bangsa Melayu

Jangan gadai bangsa Melayu

  • PDF

nazrinPemangku Raja Perak Dr Raja Nazrin Shah bertitah, usaha sesetengah pihak untuk meraih sokongan politik tidak seharusnya menjadi lesen bagi mereka untuk menggadaikan status bangsa Melayu.

Baginda bertitah, ini kerana usaha mempertahan, melindungi dan mengurus perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan agama Islam tidak boleh dikompromi.

“Sikap mempamerkan ‘kami kurang Melayu’ atau ‘we are less Malay’ untuk populariti politik, adalah kesilapan paling besar dan penderhakaan paling durjana kepada bangsa Melayu,” titah baginda pada Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBP Dr Awang Sariyan.

Dalam pada itu, Dr Raja Nazrin menegur sesetengah pihak yang terlampau taksub kepada slogan, lambang dan simbol kabilah politik masing-masing sehingga mengakibatkan hak, maruah dan martabat bangsa Melayu terhakis.

“Jika ada suara menuntut untuk dipertahankan kedudukan bangsa, suara itu dimomokkan sebagai rasis.

“Persaingan kabilah politik bagaikan tidak lagi menghiraukan tindak tanduk yang meletakkan ummah dalam situasi ‘bagai telur di hujung tanduk’,” katanya.

Dr Raja Nazrin bertitah, masyarakat juga tidak harus bertoleransi terhadap budaya samseng kerana ia bertentangan dengan semangat demokrasi.

Titah baginda, budaya itu dapat dilihat dengan kemunculan kumpulan pengacau yang berlagak samseng dan melakukan perbuatan menyalahi undang-undang.-20/2/2013


IKLAN

PERKONGSIAN FOREX & PERKHIDMATAN TRADING SECARA AUTOTRADE

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.