Aha05262013

Kemaskini terakhir08:55:54 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Nasional Staf KUIN cuma tuntut hak, nafi jadi ejen parti politik

Staf KUIN cuma tuntut hak, nafi jadi ejen parti politik

  • PDF

Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hanya menuntut hak mereka yang dikata diabaikan kerajaan Kedah dan bukan menjadi ejen parti politik tertentu.

Menegaskan demikian, ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tuduhan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi KUIN bahawa kakitangan KUIN sebagai ejen UMNO adalah tidak benar.

"Kalau mereka berani berhadapan dengan media, berani buat laporan polis, bawa memorandum ke Wisma Darul Aman dan pensyarah KUIN sendiri adakan sidang media, saya tidak fikir mereka jadi ejen sesiapa.

"Pada saya mereka menuntut hak sahaja tapi kalau kerajaan negeri tidak mampu nak tunaikan dan tidak cekap dalam urusan kewangan, inilah jadinya bila pandai bercakap sahaja," kata Mahdzir.

Bernama melaporkan beliau diminta mengulas dakwaan yang dibuat oleh Azizan, selepas melancarkan program khidmat masyarakat Mara dan penyerahan baucer buku 1Malaysia di Kolej Mara Kuala Nerang di Kuala Nerang, Ahad.

Tuduhan Azizan bahawa kakitangan KUIN terbabit tidak hadir pada mesyuarat dengan beliau bagi membincangkan masalah dihadapi mereka adalah palsu, kata Mahdzir.

Menurut penjelasan Penolong Pendaftar Kanan Kuin, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim Jumaat lepas bahawa pernah cuba berbincang dengan Azizan mengenai isu tersebut pada Mei tahun lepas tetapi tidak mendapat perhatian Azizan.

Mahdzir berkata slogan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' yang dibawa PAS tidak bermakna kerana mereka tidak mempraktikkannya.-24/2/2013


MB Kedah enggan mohon maaf kepada kakitangan KUIN

KEMASKINI : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa beliau tidak perlu memohon maaf kepada kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang didakwanya sebagai ejen UMNO kerana sering membuat bantahan terhadap pengurusan kolej universiti itu.

Azizan berkata, beliau tidak kisah dengan desakan sekumpulan kakitangan yang mahu permohonan maaf dibuat kerana telah mengheret mereka ke dalam kancah politik.

"Nak mohon maaf pasai apa? Memang depa ejen UMNO, sebab tu Shahrizat (Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil) bela depa. Saya tak hairan sebab mereka (kakitangan) ni ada masalah sikit, panggil wartawan cakap kat televisyen.

"Kalau mereka (kakitangan) benar-benar ikhlas, sepatutnya depa mai (mereka datang) jumpa saya.. depa ni semua orang pandai," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan barisan EXCO negeri di Istana Anak Bukit Bukit di Alor Setar, Khamis.

Bernama melaporkan beliau mengulas desakan kakitangan KUIN yang kesal kerana dituduh sebagai ejen UMNO, sedangkan mereka mendakwa tidak pernah dibayar mana-mana parti politik, sebaliknya hanya berjuang untuk hak dan kebajikan masing-masing.

Mengenai desakan Shahrizat supaya Menteri Besar Kedah itu menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dan mengaudit isu dan dakwaan yang ditimbulkan kakitangan KUIN, Azizan berkata ia tidak perlu.

"Nak siasat apa? Kalau nak siasat pi (jumpa) SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) la," kata Azizan.

Sementara itu, ketika mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini yang mengatakan bahawa beliau bersedia menjadi Menteri Besar, Azizan berkata semua pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (EXCO) layak menyandang jawatan itu.

"Semua EXCO layak jadi Menteri Besar kecuali bukan Melayu... semua ahli PAS Kedah juga layak jadi Menteri Besar, tapi yang penting sekarang nak kena menang pilihan raya dulu.

"Sekarang ni saya berpuas hati dengan PAS Kedah, dan persiapan sudah berada pada 'gear empat', semua sudah standby (bersedia) untuk pilihan raya umum," katanya.-21/2/2013


Isu kakitangan KUIN...tuduh saja ejen UMNO,Azizan cuci tangan

Cukup mudah untuk lepas tangan dari tanggungjawab hanya dengan tuduh saja ejen UMNO atau talibarut UMNO kemudian soal kebajikan jangan diambil pusing dan akhirnya biarkan UMNO selesaikan masalah.

Begitulah yang menimpa kepada kira-kira 400 orang kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang menanggung beban sara hidup dan bayaran ansuran pinjaman sehingga ada yang akan menghadapi tindakan undang-undang oleh pihak institusi kewangan. Mereka bukan sahaja sentiasa dibayar lewat gaji bulanan malah tiada potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ekoran sikap tidak bertanggungjawab Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi KUIN, sekumpulan wakil Jawatankuasa Bersih KUIN mengunjungi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di pejabat pergerakan tersebut petang Rabu bagi menyahut tawaran khidmat nasihat guaman percuma oleh sayap UMNO itu.

Pertemuan di tingkat 37 Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga disertai oleh enam barisan peguam diketuai Pengerusi Biro Undang-Undang Wanita UMNO, Senator Mariany Mohd. Yit turut serta bagi mengumpul maklumat dan meneliti keadaan sebenar kakitangan KUIN selepas mereka melaporkan isu itu kepada Jabatan Tenaga Kerja.

Shahrizat dalam sidang media selepas pertemuan itumempersoalkan perjuangan PAS yang menukar slogan ;Negara Islam’ kepada ‘Negara Berkebajikan’ tetapi tidak bertindak adil kepada kebajikan kakitangan kolej tersebut.

Beliau juga menyifatkan tindakan Azizan melabelkan kakitangan KUIN yang berjuang untuk mendapatkan keadilan sebagai ejen UMNO adalah satu penghinaan terhadap profesionalisme mereka kerana soal kebajikan adalah isu kemanusiaan yang perlu diselesaikan.

Shahrizat menyelar sikap lepas tangan serta tidak bertanggungjawab dan tidak matang Azizan yang bertindak melabelkan kakitangan KUIN sebagai ejen UMNO, hanya kerana mereka bangkit menuntut keadilan untuk diri sendiri selepas teraniaya sejak sekian lama.

“Jadilah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Jangan lepas tangan dalam isu ini kerana Azizan bukan sahaja Menteri Besar tapi Pengerusi Kuin, tapi kenapa beliau berdiam diri… Sebaliknya tuduh kakitangan ini sebagai ejen UMNO. Hentikanlah, ini taktik lapuk,” kata shahrizat.

“PAS bercakap soal negara kebajikan tetapi kalau kebajikan kakitangan KUIN pun tidak boleh diselesaikan macam mana… Inikah contoh parti yang nak tadbir negara. Kakitangan ini ada keluarga yang perlu disara,” tambahnya.

Mengulas dakwaan kakitangan kolej itu ejen UMNO, Shahrizat berkata, “ini kali pertama saya berjumpa mereka. Saya tidak pernah kenal mana-mana kakitangan KUIN sebelum ini dan hanya mengikuti kisah sedih mereka melalui media dan kemudian menawar bantuan guaman percuma. Saya nak jelaskan kepada Azizan ini soal kemanusiaan.”

“Jangan kerana tidak mahu selesaikan isu kebajikan kakitangan ini, dilabel mereka sebagai ejen UMNO kerana bagi saya ini satu penghinaan, sedangkan potensi kolej ini sewaktu di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu cukup hebat,” katanya.

Dalam pada itu Shahrizat juga mendesak Menteri Besar Kedah itu agar menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dan menyelesaikan kemelut kebajikan kakitangan kolej tersebut.

“Azizan wajib menubuhkan jawatankuasa tersebut jika benar PAS memperjuangkan negara kebajikan kerana kakitangan kolej itu yang teraniaya juga sebahagian daripada rakyat Malaysia.” ujarnya.- OLEH LUKMAN ABDULLAH - 20/2/2013


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.