19Jun2018

Isteri Ketua Polis Negara meninggal dunia

Isteri Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)  malam ini.

Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang mendapat rawatan di PPUM akibat sakit kanser meninggal dunia pada jam 7.02 malam.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap polis di Unit Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor malam ini sebelum di bawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, Perak untuk urusan pengebumian pada jam 9 pagi Sabtu.-15/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 854  tetamu dalam talian