23Oktober2017

Guan Eng dibidas kerana timbulkan provokasi agama...

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mensensasikan isu agama dan perkauman dengan meletakkan kesalahan itu pada bahu UMNO mendapat kritikan Menteri Besar Perak.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berpendapat kenyataan pemimpin utama DAP itu sebagai tindakan yang dangkal.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Deepavali bagi Parlimen Lumut di Dewan Sekolah Tamil Wawasan Pundut di Lumut pada pada Sabtu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam  twitternya mendakwa “konco-konco UMNO/PAS fitnah DAP komunis tapi bukan DAP, UMNOlah yang ucap dalam Parti Komunis Cina. Siapa pengkhianat anti-agama sekarang?”.

Menjawab twit dan tuduhan Guan Eng, Zambry berkata, kenyataan itu sengaja mewujudkan perbalahan agama sedangkan tidak pernah wujud sentimen anti agama dalam amalan UMNO sebelum ini.

Katanya tuduhan DAP itu hanya akan memakan diri malah mencerminkan dirinya sendiri sebagai individu yang gemar menimbulkan provokasi.

“Kerana benci dan marah beliau kepada UMNO maka beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu. Tak payah buat hujah dangkal macam itu, orang hanya akan memomokkan beliau.

“Kenapa dia tidak pertikaikan hubungan parti di antara UMNO dengan pelbagai parti politik di seluruh dunia yang berteraskan agama, kenapa nak bandingkan UMNO dalam Parti Komunis China?

“Kalau ini alasan dia (Guan Eng) untuk membelasah UMNO sedangkan perhubungan kita dengan pelbagai parti di sesebuah negara adalah normal, bukannya kita mengamalkan fahaman mereka,” katanya.

“Kerana benci dan marah beliau kepada UMNO maka beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu. Tak payah buat hujah dangkal macam itu, orang hanya akan memomokkan beliau.

“Kenapa dia tidak pertikaikan hubungan parti di antara UMNO dengan pelbagai parti politik di seluruh dunia yang berteraskan agama, kenapa nak bandingkan UMNO dalam Parti Komunis China?

“Kalau ini alasan dia (Guan Eng) untuk membelasah UMNO sedangkan perhubungan kita dengan pelbagai parti di sesebuah negara adalah normal, bukannya kita mengamalkan fahaman mereka,” katanya.

Dr Zambry berkata, beliau sendiri hairan bagaimana kenyataan yang begitu cetek itu boleh dibuat berdasarkan kesimpulan Guan Eng sendiri.

Katanya, UMNO tidak pernah sama sekali bersikap anti agama seperti yang didakwa oleh Guan Eng dan tindakan pemimpin DAP itu adalah serangan peribadi beliau terhadap UMNO.

“Saya yakin DAP juga mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung dengan parti dari negara lain, jadi kita tidak boleh sesuka hati mengatakan kalau pemimpin berjabat tangan terima jemputan, kita terus tuduh mereka anti-agama.

“Sedangkan beliau sendiri tidak melihat struktur partinya yang meletakkan Setiausaha Agung sebagai pemimpin dan kuasa tertinggi selama ini,” katanya.-9/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 866  tetamu dalam talian