Rab05222013

Kemaskini terakhir10:21:25 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Dalam Negeri FELDA mahu bina banyak rumah untuk generasi kedua

FELDA mahu bina banyak rumah untuk generasi kedua

  • PDF

felda_15kFelda tidak pernah melupakan kemudahan untuk generasi kedua peneroka, dan untuk itu, projek perumahan kepada golongan tersebut akan dimulakan tahun depan melibatkan nilai berpuluh juta ringgit.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata bagi program perumahan untuk generasi kedua Felda, buat permulaan ia akan dijalankan secara pembinaan pasang siap di beberapa kawasan Felda yang mempunyai kemudahan tapak.

"Melalui pembinaan secara pasang siap ini, beratus-ratus buah rumah dalam pelbagai bentuk dan pelan dapat dibina secara lebih cepat, di samping dapat menjimatkan kos," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Felda Di Hati, Janji Ditepati di Felda Gunong Bongsu, Karangan Kedah hari Ahad.

Beliau berkata di Felda Gunong Bongsu, pihak pengurusan telah mengenal pasti sebuah tapak di kawasan seluas 12 hektar untuk pembinaan kira-kira 500 unit rumah generasi kedua.

Pada majlis itu, Mohd Isa meluluskan peruntukan sebanyak RM1.3 juta untuk pembinaan longkang tambahan di kawasan Felda tersebut.
  
Beliau turut mengumumkan pembinaan sebuah dewan baharu berharga RM800,000 selain kerja mengubah suai dan memperbaiki 500 rumah peneroka serta memperbaiki beberapa kemudahan infrastruktur sekitar kawasan itu.
  
Terdahulu, Mohd Isa melawat beberapa rumah peserta Felda terutama yang uzur dan berpenyakit kronik bagi menyampaikan bantuan seperti barangan dapur.-16/12/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.