20Julai2017

Duta Korea Utara enggan layan pertanyaan media...

Kedutaan Korea Utara masih lagi membisu, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, Isnin lepas.

Kumpulan media tempatan dan asing yang berkumpul sejak beberapa hari lepas di kedutaan itu di Bukit Damansara, hampa apabila Duta Kang Chol dan pegawai kedutaan yang keluar-masuk premis itu enggan melayani usaha media untuk mendapatkan kenyataan daripada mereka.

Terbaru, kenderaan rasmi yang membawa Kang Chol dilihat keluar dari kedutaan itu pada pukul 3.20 petang dipercayai untuk membawa beliau ke Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, iaitu tempat proses bedah siasat Jong-nam dilakukan Rabu lepas.

Kumpulan media yang masih berada di luar kedutaan itu sekali lagi cuba mendapatkan reaksi Kang Chol termasuk mengetuk cermin kenderaan bagi menarik perhatian beliau tetapi gagal.

Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya, dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila seorang wanita dikatakan menekup mukanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.

Jong-nam yang menggunakan nama Kim Chol, pada pasportnya, dilaporkan mati ketika dibawa ke hospital.

Setakat ini polis menahan dua wanita yang memiliki pasport asing dan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes itu.-17/2/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1272  tetamu dalam talian