22September2018

Dua pegawai Imigresen KLIA ditahan kes rasuah

Dua pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan berhubung kes penyeludupan warganegara Bangladesh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pegawai terlibat bertugas di bahagian kaunter KLIA.

“Ada beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen disyaki turut terlibat dan siasatan masih dijalankan.

“Setakat ini, dua  pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan bertugas di bahagian kaunter KLIA,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerjanya di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am Lahad Datu hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tangkapan pegawai Jabatan Imigresen kerana disyaki terlibat dengan penyeludupan warganegara Bangladesh di KLIA.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata beliau mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali supaya mengetatkan kawalan di pusat pemeriksaan terutamanya di KLIA.

“Kita juga akan menambah pegawai Jabatan Imigresen di KLIA,” katanya.-14/12/2017 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 411  tetamu dalam talian