23Oktober2017

Datuk Bandar periksa sendiri tandas awam di Ipoh

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man pada Selasa turun padang bersama-sama 150 pegawai dan kakitangannya melakukan pemeriksaan mengejut tandas di sekitar bandaraya ini.

Untuk rekod program kebersihan tandas-tandas awam turut termasuk dalam program diberi perhatian Menteri Besar.Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir yang pernah melakukan lawatan mengejut meninjau kebersihan tandas-tandas awam.

Pada 1 Mac lalu, Menteri Besar membuat kejutan meninjau tandas awam medan selera terkenal iaitu di Medan Selera  Taman Kanak-kanak (TKK), Ipoh.

Aduh... keadaan amat menjijikkan seperti dilihat sendiri rombongan Menteri Besar,bersama-sama sekumpulan wartawan.

Tinjauan bermula jam 5 petang termasuk ke deretan Gerbang Malam di Jalan Datuk Tahwil Azar. Keutamaan petang itu tahap kebersihan tandas awam di TKK yang pada ketika itu kelihatan agak uzur, usang dan tidak terurus.

Justeru sebenarnya program datuk bandar pada Selasa itu yang disertai Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria di samping Ahli-Ahli Majlis MBI merupakan “follow-up”program awal Menteri Besar.

Untuk rekod, MBI mengadakan perbincangan dalam Jawatankuasa Kebersihan Tandas Awam Peringkat MBI. Program pagi tadi sejajar amanat Menteri Besar Perak mahukan tahap kebersihan tandas awam dipertingkatkan.

Datuk Bandar berkesempatan memeriksa dua buah tandas di Taman DR Seenivagam yang mencapai taraf 5 bintang dan di Medan Selera Dato Sagor yang mencapai taraf 4 bintang.

Datuk Bandar memberitahu sekumpulan wartawan yang mengikut programnya bahawa tandas-tandas awam yang terdapat di kawasan MBI terbahagi kepada dua kategori.

Pertama, tandas awam milik majlis yang diuruskan oleh pihak Majlis dan satu lagi,milik swasta yang dikendalikan oleh pemilik bangunan atau premis perniagaan berkenaan.

Beliau turut meminta orang ramai sama-sama bertanggung jawab memastikan kebersihan tandas-tandas awam  sambal mencadangkan amalan penjagaan kebersihan tandas ini bermula dari rumah.

Katanya sehingga hujung tahun ini, pihaknya mensasarkan  1400 tandas  diperiksa. Dari angka itu, kira-kira 700 tandas berada pada tahap 4 dan 5 bintang.-11/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 768  tetamu dalam talian