20September2018

DAP tak mahu Aziz Bari...?

Kasihan bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini.

Sama macam Datuk Zaid Ibrahim... terkontang kanting hendak jadi calon melalui DAP tapi tak ada tempat.

Pepatah Melayu kata 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong...' Bukan sahaja tak ada tempat, tempat yang ada pun Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tak mahu bagi.

Al kisahnya, DAP akan mengambil tindakan terhadap penyandang DUN Tebing Tinggi Perak Ong Boon Piow kerana mengumumkan p Aziz Bari sebagai calon Pakatan Harapan (PH) mewakili parti itu di kerusi berkenaan.

Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook berkata, Ong melanggari disiplin parti dan akan dirujuk ke jawatankuasa tatatertib parti untuk tindakan selanjutnya.

“Saya ingin menegaskan bahawa pengumuman tersebut tidak pernah mendapat kebenaran dan mandat daripada setiausaha agung DAP.

“Secara lazimnya, sebarang pengumuman calon Pakatan Harapan daripada DAP hanya boleh diumumkan oleh setiauasaha agung DAP atau pemimpin CEC yang telah diberikan mandat oleh setiausaha agung,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pada 13 April lalu, media melaporkan Ong mengumumkan Aziz calon DAP di DUN Tebing Tinggi pada pilihan raya akan datang.

Pengumuman dibuat di satu ceramah dan Aziz dilaporkan sudah bertemu rakyat setempat bagi mendengar luahan mereka.

Aziz Bari pernah bertanding menggunakan logo PKR di Sabak Bernam pada PRU13, tapi kalah dan menyertai DAP tidak lama kemudian.-16/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 439  tetamu dalam talian