19September2017

Cadangan wujudkan Taman Industri Halal Nasional

 Kerajaan bercadang mewujudkan taman industri halal nasional dalam usaha memperkembangkan industri berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Beliau berkata pusat itu boleh menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan baharu berkaitan industri halal selain produk bersesuaian dalam menuju ke era Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0).
 
Ahmad Zahid menarik perhatian bahawa 23 taman halal telah diwujudkan namun ia berselerak di seluruh negara.
 
"Untuk memperlihat keseriusan kita, saya amat bersetuju supaya Halal Jaya atau nama lain yang bersesuaian dapat diwujudkan oleh kerajaan, " katanya pada sidang media selepas menghadiri Dialog Perdana Industri Halal 2017, di Kuala LUmpur,Isnin.
 
Beliau berkata lokasi taman industri halal nasional itu tidak semestinya dibina di Lembah Klang dan perlu mengambil kira kos pemilikan tanah yang mampu milik.
 
Terdahulu dalam sesi dialog, Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia, berkata 330,000 peluang pekerjaan disasar diwujudkan dalam industri halal menjelang 2020.
 
Sektor itu mempunyai 248,508 pekerja sehingga akhir tahun lepas. Beliau berkata kerajaan turut menyasarkan pewujudan 1,600 syarikat pengeksport Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menjelang 2020 berbanding ?1,257 sehingga akhir 2016.
 
Sesi dialog yang dihadiri kira-kira 1,000 peserta mewakili pihak berkepentingan dalam industri halal Malaysia itu bertujuan mengumpul maklum balas dan cadangan mengenai hala tuju pembangunan industri halal negara ke peringkat lebih tinggi.
 
Maklum balas daripada sesi dialog itu akan dibentang pada sesi Makmal Pembentukan Pelan Industri Halal 2.0 dari 14 hingga 19 Sept ini.
 
Eskport halal Malaysia berjumlah RM42 bilion tahun lepas berbanding RM39 bilion pada 2015 dan ia dijangka melebihi RM50 bilion menjelang 2020.-11/9/2017

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 776  tetamu dalam talian