21Oktober2017

BN tumpu perkuat jentera parti di Selangor

Barisan Nasional (BN) tidak berminat untuk terbabit dalam kemelut politik yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor ketika ini, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, BN menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan kuasa yang terletak kepada Sultan Selangor.

"BN tidak berhasrat untuk analisis apa yang berlaku di Selangor. BN lebih berminat untuk memastikan jentera BN pastikan ekosistem yang berubah ini digunakan sebaiknya untuk BN kembali mendakap Selangor.

"Kita perlu lihat usaha Noh (Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Tan Sri Noh Omar) dan rakan pemimpin lain untuk lakukan usaha berterusan bagi dakap semula negeri ini," katanya selepas menghadiri Program TPM Bersama Warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam pada Jumaat.

Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai hubungan 'tahaluf siyasi' yang sudah terputus antara PAS dan PKR.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan membatalkan 'tahaluf siyasi' PAS bersama PKR. Namun, kedudukan tiga EXCO PAS di Selangor kekal tanpa perlu meletakkan jawatan sehingga diputuskan Sultan Selangor selaras peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Ketetapan dibuat berdasarkan Perkara 53 Fasal 7 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bahawa seseorang EXCO selain Menteri Besar Selangor perlu memegang jawatan selama diperkenan Sultan Selangor.-19/5/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 790  tetamu dalam talian