19Jun2018

Bina rumah rakyat bukan untuk mengaut untung...

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan kerajaan negeri melaksanakan projek perumahan untuk membantu rakyat memiliki rumah yang sempurna bukan mengaut keuntungan.

Katanya projek perumahan yang dilaksanakan kerajaan bukan  untuk mengaut keuntungan tetapi meneruskan agenda membantu rakyat memiliki rumah yang selesa dan sempurna.

Beliau berkata, kerajaan akan terus berusaha membantu rakyat memiliki rumah selain membaiki kelemahan yang ada selain dan orang ramai juga boleh mengemukakan cadangan untuk penambahbaikkan.

``Kerajaan bukan nak buat duit sebaliknya kita laksanakan agenda ini untuk rakyat,” katanya sambil menambah:

``Contohnya kita buat program Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA), khusus kepada orang awam yang tak boleh meminjam bank hanya kerja kampung, kesian mereka memerlukan rumah jadi Kerajaan Negeri bantu malah Yayasan Bina Upaya juga tolong mereka tunjukkan skim bentuk rumah sesuai serta beri pinjaman kepada yang layak.”

Dr Zambry berkata demikian semasa berucap  menyempurnakan majlis pecah tanah perumahan mampu milik di bawah projek Rumah Amanjaya Gerik pada Rabu.

Projek projek perumahan yang bakal dibina di kawasan seluas kira-kira 35 ekar itu merupakan  projek kelolaan kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) yang menawarkan 500 unit kediaman jenis setingkat.

Rumah dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air pada keluasan 860 kaki persegi itu dijual lebih rendah daripada harga jualan rumah teres setingkat di pasaran daerah Gerik yang secara umumnya berharga RM220,000 sebuah.

Dr Zambry seterusnya berkata, sehingga ini kerajaan Negeri melalui LPHP berjaya membangunkan 10 projek melibatkan 1,374 unit rumah Amanjaya di lokasi terpilih di negeri ini.

Menurut beliau, pemohon yang berminat dan layak boleh mendapatkan borang permohonan di semua Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Negeri Perak dan borang yang lengkap boleh dikembalikan kepada LPHP.

Katnaya, para peminjam bagaimanapun disaran untuk membayar balik pinjaman perumahan yang diterima supaya pemohon lain dapat diberikan peluang.

``Jika dapat pinjaman jangan lupa bayar kerana pemberian itu adalah keperhatinan kerajaan negeri jadi peminjam mesti bertanggungjawab bayar balik supaya dapat membantu pemohon lain.’’ Katanya.

Borang permohonan juga boleh diisi secara atas talian di laman web rasmi http://lphp.perak.gov.my-9/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 539  tetamu dalam talian