19Ogos2017

Bersatulah... 'musuh' Islam mahu rampas kuasa - PAS

PAS menggesa umat Islam berhenti bercakaran sesama sendiri kerana ini boleh mewujudkan 'musuh' di kalangan penganut agama ini sendiri yang ingin merampas kuasa.
 
Hal itu ditegaskan Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan, yang mengingatkan usaha meningkatkan kesatuan sesama Islam adalah penting meskipun wujud perbezaan mazhab fiqah dan fahaman politik.
 
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan siapakah 'musuh' Islam itu, namun menegaskan ia sebagai ingatan penting kepada seluruh umat.
 
"Musuh Islam telah bersatu biarpun berbeza ideologi dan parti untuk menguasai ekonomi dan politik negara.
 
"Mereka lupakan sempadan dan batas antara mereka untuk melampiaskan dendam dan merealisasikan kebencian terhadap Islam.
 
"Jangan hanya kerana beza mazhab fiqah dan fahaman politik, kita bertelagah tanpa noktah.
 
"Bercakar tidak sudah dalam perkara remeh dan furu', akhirnya ummah hilang kekuatan lantas binasa," katanya dalam satu kenyataannya.-17/5/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 774  tetamu dalam talian