15November2018

Bekas SUK Perak optimis dapat sokongan rakyat

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri  Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan (tengah) yang diumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Parit Buntar pada PRU14 optimis dapat meraih kembali sokongan besar rakyat di kawasan Parlimen itu.

Bagi Abdul Puhat yang juga anak jati kelahiran Tanjung Piandang beliau melihat rakyat Kerian khasnya di Parlimen Parit Buntar terabai dan perlu diberi pembelaan untuk menikmati arus perubahan dan pembangunan yang sepatutnya mereka nikmati.

Beliau berazam sekiranya BN berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Parit Buntar banyak pembangunan untuk faedah rakyat akan dibawa di kawasan parlimen itu.

Katanya, beliau akan memberi tumpuan kepada tiga isu utama bagi menjamin  kesejahteraan hidup rakyat di kawasan parlimen itu  iaitu membantu kaum tani  meningkatkan hasil pengeluaran padi dan isu nelayan pantai dan pukat kenka.

``Tiga isu utama ini perlu diberi penekanan iaitu pertama kadar pengeluaran padi yang agak rendah disesetengah kawasan di pengeluarannya di antara satu hingga dua metrik per hektar berbanding  seperti di di kawasan Selangor, Tanjung Karang dan Sungai Manik pengeluarannya sampai 10 hingga 12 metrik tan.

``Jadi banyak ruang yang boleh kita baiki nasib masa depan kaum petani di Kerian ini,'' katanya kepada Agendaily pada majlis pengumuman senarai calon BN Perak bagi PRU14 di kediaman Menteri Besar, Ipoh pada Selasa.

Selain itu, katanya, isu nelayan pantai dan pukat kenka yang perlu beliau berikan  penekanan dan perhatian bagi memastikan nasib masa depan mereka terus dibela.

``Saya penuh yakin dengan kerjasama dan bantuan Jabatan Perikanan masalah kaum nelayan pantai ini akan dapat diselesaikan,'' katanya.

Menurut Abdul Puhat, pengalamannya yang pernah berkhidmat sebagai pegawai daerah dan Yang Dipertua majlis darah Kerian dari tahun 2004 hingga 2007 sudah pasti dapat beliau gunakan bagi membantu menyelesaikan permasalahan rakyat di Parlimen Parit Buntar.

Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana memberi penuh kepercayaan  kepadanya menjadi calon BN Parlimen Parit Buntar.

``Insyallah saya akan gunakan pengalaman saya bagi memastikan kesejahteraan rakyat di Parlimen Parit Buntar dapat dilaksanakan,'' katanya.-25/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1014  tetamu dalam talian