23September2018

Akta POCA pindaan 2017 mula berkuatkasa hari ini...

Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA) akan berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Beliau berkata pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) bertujuan memperkemas dan menambah baik pelaksanaan serta penguatkuasaan peruntukan itu terutamanya berkaitan pemakaian peranti pemantauan elektronik (EMD) dengan memperincikan lagi syarat-syarat pemakaian EMD ke atas orang di bawah pengawasan.
 
Selaras dengan pindaan itu juga, Jadual Kedua Akta 297 telah dipinda dengan memasukkan kesalahan baharu yang boleh diambil tindakan melibatkan penggunaan EMD berkenaan, katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri.
 
"Pindaan ini akan membolehkan pihak polis mengambil tindakan pencegahan yang lebih berkesan terhadap orang-orang yang melakukan kesalahan tersenarai di bawah Jadual Kedua yang dipinda," katanya dalam kenyataan.
 
Ahmad Zahid berkata dengan kuasa yang diperuntukkan kepadanya di bawah Seksyen 22 Akta 297, beliau juga menetapkan Perintah Pencegahan Jenayah (Pindaan Jadual Kedua) 2017 dan Perintah Pencegahan Jenayah (Pindaan Jadual Ketiga) 2017 yang berbangkit daripada pindaan Akta 297 untuk turut berkuat kuasa esok.
 
Ketika majlis pelancaran buku tulisannya, ‘Poca: Nafas Baharu Banteras Jenayah’ pada Ogos lepas, Ahmad Zahid berkata pindaan itu melaksanakan penggunaan EMD ke atas orang di bawah pengawasan yang mampu mengurangkan kos perbelanjaan tahanan penjara serta memupuk perasaan pencegahan dalam kalangan tahanan dan bakal penjenayah.-15/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 416  tetamu dalam talian