23September2018

Agensi bangunkan tanah di Perak perlu bertanggungjawab

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan agensi-agensi terlibat membangunkan tanah-tanah pertanian milik kerajaan negeri Perak supaya melunaskan tanggungjawab mereka.              

Beliau berkata, agensi-agensi terbabit perlu menunaikan tanggungjawab mereka kepada pihak berkuasa negeri agar hasil keuntungan itu dapat digunakan rakyat  seperti program pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di Perak.

Dr Zambry memuji Felcra  yang menunjukkan contoh terbaik dan perlu diikuti agensi lain kerana melunaskan tanggungjawab mereka dengan memberikan pulangan balik keuntungan hasil pembangunan tanah pertanian kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, bagi tahun ini Felcra Berhad telahpun membayar sebanyak RM8.84 juta kepada kerajaan negeri.

"Hari ini ktia menyaksikan sebahagian yang terakhir yang dibayar Felcra kepada kerajaan negeri sebanyak RM1.48 juta dan kita harap ianya menjadi contoh dan dapat diikuti agensi-agensi atau pihak lain yang membangunkan tanah-tanah kerajaan negeri.

``Dengan adanya hasil sebegini, kita dapat menggunakan hasil ini untuk kembali digunakan rakyat seluruh Perak seperti program basmi kemiskinan dand penyusunan semula masyarakat di Perak,'' katanya.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis ringkas penyerahan cek lebihan pendapatan 2016 dari Felcra Berhad Wilayah Perak atas tanah kerajaan negeri perak bernilai RM1.4 juta oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Bhd, Datuk Zulkarnain Md Eusope di bilik mesyuarat pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Menurut Dr Zambry, Felcra Berhad telah memberikan responsif yang amat baik selama ini kepada cadangan kerajaan negeri Perak dalam membangunkan tanah-tanah kerajaan.

``Pembangunan  tanah-tanah  bagi tanaman sawit dan sebagainya pihak Felcra telah memberikan komitmen dan kerjasama baik selama ini kepada kerajaan negeri.

``Mereka menunaikan tanggungajwab mereka iaitu hasil diperolehi itu disumbangkan kepada kerajaan negeri kerana hasil itu akan digunakan pula oleh kerajaan negeri bagi memberikan kepada pihak yang  telahpun kita kategorikan kepada golongan yang akan mendapat hasil daripada sumbangan diberikan Felcra.'' katanya.

Dr Zambry menjelaskan dari segi pembangunan tanah-tanah pertanian yang dibangunkan Felcra Berhad di Perak  selama ini terbahagi kepada tiga kategori  pertama melibatkan peserta Felcra, kedua golongan miskin atau PPRT dan ketiga tanah yang tidak tergolong kedua itu iaitu tanah milik kerajaan.

Sementara itu Datuk Zulkarnain pula berkata, daripada tahun 2013 dividen sahaja Felcra membuat bayaran kepada 20,000 peserta sebanyak RM315 juta.

``Ini bermakna setiap tahun kita memberi dividen purata sebanyak RM70 juta kepada peserta-peserta dan untuk asnaf PPRT lebih kurang RM74 juta."katanya.-14/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 361  tetamu dalam talian