15Disember2017

20,000 ahli persatuan pengusaha bas sekolah zahir sokongan kepada PM

Senario demam pilihann raya yang semakin hampir ketika ini Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mendapat sokongan mantap daripada pelbagai  badan, pertubuhan dan persatuan dalam negara.

Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia yang kini mempunyai lebih 20,000 ahli termasuk di Sabah dan Sarawak merupakan antara gabungan persatuan yang menzahirkan sokongan jitu dan kukuh kepada kepimpinan  Datuk Najib.

Menurut Presidennya, Haji Mohd Rofik Mohd Yusoff, kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi semua ahli gabungan itu kepada Perdana Menteri adalah atas kebijaksaan Najib memacu negara kearah pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Justeru katanya, Perdana Menteri ternyata tidak keseorangan dalam menghadapi pelbagai serangan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan pembangkang kerana kepimpinan beliau sentiasa mendapat sokongan rakyat termasuk badan-badan dan pertubuhan  bukan kerajaan.

``Kami 100 peratus berdiri kukuh dibelakang Perdana Menteri dan saya juga menyokong kepimpinan kerajaan BN negeri Sembilan dibawah teraju Menteri Besar Datuk Seri Utama Mohamad Haji Hassan,’’ kata Mohd Rofik yang juga AJK UMNO Bahagian Seremban.

Beliau berkata demikian kepada Agendaily di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia Kali ke-6 2017 di Dewan Serbaguna Taman Meru, Ipoh pada Selasa. Majlis itu telah disempurnakan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun, Md Amin Johari.

Haji Mohd Rofik menegaskan sebarang bentuk fitnah dan tohmahan jahat pembangkang yang dilemparkan kepada PM dalam isu-isu kitar semula antaranya GST dan 1MDB tidak termakan oleh ahli-ahli gabungan.

Beliau berpendapat, pembangkang hari ini tidak sekuat mana tetapi hanya pandai memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin apatah lagi ketika pilihan raya umum ke 14 semakin dekat.

``Hari ini kita lihat pembangkang hanya tahu cakap… syok sendiri… tak sedar diri diapun duduk dibawah payung kerajaan Persekutuan ..dia juga berada dalam  Malaysia…tapi hari ini dia memburuk pemimpin kita… ni apa nak jadi pada pembangkang Malaysia.’’ Katanya.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa hari ini kerajaan BN banyak membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi para pengusaha bas  di seluruh negara.

``Kerajaan menerusi agensi dan jabatan yang terbabit sentiasa turun ke lapangan duduk bermusyawarah selesai apa saja isu berbangkit dan setakat hari ini banyak telah dibuat kerajaan BN dalam membantu pengusaha-pengusaha bas di seluruh negara.

``Pembangkang  boleh buat apa?..mereka tak ambil peduli pun…dia tak tahu pengusaha bas ni makan ke…cuma sibuk  datang nak tahu…hari ini kenapa bas sekolah tak ada.

``Kita ada bas ganti…kita ada pilihan kedua (second option) yang kita belajar dan kita pelopori daripada kerajaan BN…bukan daripada pemimpin yang pandai mengata aje…apa option yang mereka ada?..tak ada …mereka tidak akan membantu hanya auta saja,’’ jelasnya.-6/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1076  tetamu dalam talian