Jum05242013

Kemaskini terakhir11:38:55 PM GMT

Back Ruangan Ruangan CATATAN ODAH Wow... Shila Amzah semakin mengancam selepas bertudung

Wow... Shila Amzah semakin mengancam selepas bertudung

  • PDF

ikon-catatan-odah-150xxxTahniah diucapkan buat Shila Amzah yang jadi Juara Asian Wave 2012. Untuk pengetahuan, Asian Wave ini adalah pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari bintang, sama juga macam Asia Bagus dulu, ingat tak?

Penyanyi berusia 22 tahun itu betul-betul pukul habis sampai para juri ternganga-nganga melihat dia beraksi. Dan, bila saya kata aki, anda tak perlulah bayangkan Shila ni angkat kaki menari ala Gangnam atau goyang pinggul 360 darjah atau dijulang tinggi macam yang selalu kita tengok dalam pertandingan, konon nak menang undi persembahan terbaik. Tidak, tidak, dia tak buat kerja itu semua. None of the above.

Persembahan yang bawa kemenangan pada anak gadis ND Lala ini boleh ditonton melalui Youtube. Shila nyanyi tiga lagu, Grenade dari Bruno Mars, Gemilang nyanyian Jacklyn Victor dan sebuah lagu cina, Zheng Fu. Saya juga difahamnkan Shila boleh cakap Cina kerana pernah dua tahun belajar di sekolah cina.

Memang tidak ada kangkang sana sini, kuat rentang pun tidak, bersilat ala Gangnam pun tak ada. Dia menyanyi dengan deria rasa, hati dan perasaan dan ia berjaya dilontarkan dalam apa yang dinamakan persembahan. Dia menyanyi dari hati, dan saya percaya itu yang buat Shila berjaya tewaskan peserta lain.

Tapi ada satu kelebihan lain yang buat saya bangga dengan penyanyi ini. Dan saya rasa kelebihan ini memberikan kesan yang lebih besar sehingga menjadi satu pakej lengkap menarik yang luarbiasa. Oustandinglah, kata orang.

Yang saya maksudkan ialah penampilan Shila yang mengenakan hijab. MasyaAllah, dia menyerlah dan saya rasa itu memberikan impak yang lebih besar. Saya percaya ia memberikan keselesaan pada dirinya dan seterusnya memberikan kekayinan diri yang sangat tinggi.

Ini impak yang saya maksudkan. Sehelai tudung itu membawa kesan yang sangat besar. Saya percaya, inilah kelebihan yang diberikan Allah SWT kepada Shila bila dia bertekad memakai tudung pada bulan puasa lalu. Dan, meskipun ada yang tidak yakin untuk menyanyi dengan memakai tudung (ada yang berpendapat, konon, " macam "tidak kena,") tapi Shila telah membuktikan, kalau kita yang terbaik, hijab bukan penghalang.

Dan, bila niat itu sudah betul, yang lainnya jadi sempurna. Boleh dikatakan, semua pakaian yang dikenakan, menutup aurat namun tetap kelihatan hebat dan glamour. Sepatah kata orang sekarang, "stailista"! Kalau tak percaya, cubalah tonton salah satu persembahannya dan anda pasti akan terpegun. You sing in style, patutlah dia menang.

Sekali lagi saya ucap syabas kepada penyanyi muda yang sangat berpotensi ini kerana  telah memberikan dimensi baru bagi penyanyi berhijab. Islam itu indah dan tidak menghalang umatnya untuk berjaya, walau dalam bidang sekalipun.

Terima kasih juga kepada Shila kerana telah membuktikan betapa silapnya kebimbangan dan momokan sesetengah orang yang tidak yakin untuk berhijab. Konon hijab untuk artis yang sudah kertu. Dan konon bila berhijab, artis itu tidak ke mana. Terhad. Pendek rezeki dan macam macam.

Pada hal, jika kita mengikut perintahNya, sudah pasti rezeki itu akan dibuka, berlipat kali ganda, sepertimana yang dialami oleh Shila Amzah. Kemenangan Shiila di Asia Wave 2012 ini juga membuktik soal sesuai ke menyanyi dengan mengenakan hijab di pentas dunia, bukan isu. Atau kerisauan ramai, boleh ke cari makan dengan bertudung? Atau ada yang lebih sengal bin tolol dengan sedapnya  menyalahkan kerajaan kerana telah tidak ada job selepas mengenakan tudung.

Shila sudah membuktikan, dan sebelum ini, Yuna juga....Datuk kita bagaimana?-30/9/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.