22Oktober2017

TV Hijrah beroperasi 24 jam mulai 1 Jun

Setelah enam tahun kewujudannya dalam dunia penyiaran, stesen TV Islam Malaysia, TV AlHijrah mengorak langkah lebih besar dengan mengumumkan beberapa pembaharua yang dijadualkan bermula pada 1 Jun akan datang.

Antaranya ialah TV Hijrah mulai 1 Jun akan datang akan beroperasi selama 24 jam dan stesen itu juga akan memperkenalkan stesen radio yang dinamakan Hijrah.FM yang dijadualkan bermula pada 1 Ramadhan 1437 H akan datang.

Ia adalah antara langkah penjenamaan semula stesen itu yang kini di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif baruya, Tuan Haji Izelan Basar. Belaiu yang baru lapan minggu bertugas di stesen itu mengumumkan langkah penjenamaan menarik ini malam Selasa lalu dalam satu majlis gilang gemilang di sebuah hotel hotel terkemuka di terkemuka di Kuala Lumpur.

Majlis itu turut dihadiri tokoh dan personaliti terkenal antaranya Ustaz Kazim Elyas, Profesor Dr Muhaya, UstAz Don, Dr Azizan Osman, Mizz Nina serta bekas gangster Singapura yang kini telah bertaubat, Abang Long Fadhil, dan para pendakwah dan wakil wakil penaja serta media.

Penjenamaan semula ini bukan saja lebih berani dan hebat bahkan menjangkau sasaran yang jauh lebih besr dengan memperkenalkan slogan "Islam Is First Class". Haji Izelan juga membentangkan program 7 Wonders sepanjang bula Ramadhan yang akan bermula dari 1 Jun ini dengan menggunakan tagline, "Ramadhan Bulan Kegembiraan".

Katanya, sebagai sebuah stesen yang sudah cukup kukuh, sudah sampai masanya untuk ia tidak sekadar menjadi jaguh kampung, tetapi jaguh dunia. Kerana itu perlunya stesen itu bersiaran 24 jam mulai 1 Jun ini.

"Sebagai sebuah stese bersandarkan ilmiah ia harus bergerak 24 jam. Bagi saya ia jauh lebih mudah dan bermanfaat kerana banyak bahan yang baik boleh dikongsi bersama dengan penonton misalnya rancangan mengaji Quran, siaran terawih langsung dari tanah suci; Mekah dan Madinah. Sebaik mungkin siaran kita dapat menguasai waktu waktu tahajud," kata Izelan, anak jati Muar yang sebelum ini pernah bertugas di beberapa stesen TV terkemuka dalam dan luar negara seperti di Astro, NTV7, dan stesen Tv luar negara termasuk Singapura, Indonesia, Amerika dan Arab saudi.

"Kita mulakan siaran 24 jam supaya orng tidak tidur sebaliknya boleh beribadat. Untuk itu program Ramadhan Bulan Kegembiraan akan dimulakan seawal 1 Jun dengn pengisian untuk orang beribadat." ujar berliau yang turut memperkenlkan team produksi wanita TV Hijrah pada malam tersebut dan merupakan ya kumpulan penerbitan TV wanita yang pertma di negara ini.

Sepanjang Ramadhan Bulan Kegembiraan, semua rabncangan ebrorak drama da hiburan ditiadaka bermula 1 Jun ini. "Pendek kata tidak ada hiburan baik dalam bentuk drama mahupun persembahan nasyid.Ia akan kembali menjelang raya dan seterusya," jelas beliau lagi.

Tambah Izelan, pembaharuan yang dibuat itu buka saja baik untuk penonton bahkan telah meningkatkan moral serta semangat kaki tangan stesen tersebut.Dalam bekerja, apa yang lebih penting dan harus menjdi asas adalah, bekerj untuk Allah. "Buka kerja untuk saya, tetapu utuk Allah. Itu yag saya utamakan," tegasnya.

Beliau yakin, sebagai stesen yang kukuh, TV Hijrah akan menjdi stesen TV Islam yang lebih bermutu dan terkenal di dunia.

"Sebab itu disebut Islam Is First Class. Kerana memang itu hakikat yang sebenarnya," katanya.

Ramdhan Bulan Kegembiran akan diisi dengan program bermutu dari pelbagai genre seperti dokumentari, kerohanian, masakan dan travelog. Di samping itu, orang ramai juga berpeluang menghantar 'berita" atau berkongsi maklumat terkini melalui "Kongsi Berita" yang membolehkan orang ramai mengambil gambar melalui telefon yang bermanfaat untuk umum..

Majlis pengenalan program Ramdhan telah diakhiri dengan gimik menarik di mana TV Hijrah membawa hadirin keluar hotel di mana dua buah food truck muncul membahagikan bubur lambuk kepada tetamu.

Ia adalah gimik yang siknifikan di mana sepajang bula Ramadhan, TV Hijrah menyediakn 10 buah food turck yang membawa bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai di seluruh negara, di lokasi lokasi berasingan setiap hari.-25/5/2016

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 934  tetamu dalam talian