BARU KALAU kita buat survery berapa ramai yang memandu dengan tidak buka radio, sudah tentu tidak ada. Sebab sebilangan besar kita yang menggunakan jalanraya, terutama di sebelah pagi, punya banyak waktu untuk mendengar radio.
Saya juga tidak terkecuali. Dan radio pilihan saya di sebelah pagi adalah Sinar FM dengan Sinar Pagi bersama Salih Yaakob, Raja Azura dan Krill, sudah cukup untuk menceriakan pagi setiap telinga yang mendengar. Seringkali saya gelak sendiri, sehingga anak akan bertanya, kenapa, dan saya kata orang dalam radio itu ‘mengusik hati”
Saya percaya ramai pendengar di luar sana macam saya ini. Ketawa melayan kerenah Salih dan Kak Engku dengan pelbagai watak yang mereka bawa. Sekurang-kurangnya bila terjebak dalam kesesakan lalulintas dan jam yang teruk, hati tidaklah terasa sangat nak marah. Saya rasa ini satu cara yang paling baik untuk kita atasi rasa marah dan geram bila memandu di dalam waktu puncak. Dan ini juga boleh mengurangkan tekanan di jalanraya.
Sebab itu, Radio Sinar juga diminati pendengar-pendengar dari negara seberang, iaitu Singapura. Selain Radio Sinar, penduduk Melayu di republik itu juga memilih stesen retro lain seperti Klasik Nasional dan Radio Ikim juga antara stesen yang disukai.
Tahniahlah kepada stesen-stesen radio ini yang berjaya menjadikan stesen masing-masing radio pilihan di kalangan penduduk tempatan dan luar negara.
Kalau nak diikutkan, Radio Sinar bukan stesen lama. Usianya masih muda. Tapi dapat memenuhi selera ramai. Tentu ramai masih ingat masa baru-baru kewujudannya, ada deejay yang sanggup keluar dari stesen ini kerana tak mahu dirinya tergolong dalam kategori ‘retro”. Tapi lepas itu, ia memberikan kesan yang lebih baik kepada stesen ini formula yang digunakan, termasuk membawa deejay undangan cukup berkesan.
Watak Salih yang sekejap sekejap jadi Abang Jem dan Mak Neng serta Kak Engku selaku Mak Banang memang gamat. Terbaru, mereka membuat kunjungan ke Singapura, menziarah artis-artis lama dan Studio Jalan Ampas. Ini satu usaha yang baik kerana saya percaya orang-orang lama seperti Momok Latif, S Shamsuddin, Osmail Haron, Maria Bachok. J Mizan dan yang lain itu tentu besar hati mereka masih diingat dan dikenang jasa.
Yang baik, memang patutlah kita puji dan syabas diucapkan kepada mereka yang mengemudi Sinar FM ini. Retro bukan sebarang retro, tapi retro yang ada kelas dan sentiasa memikirkan kelainan. Misalnya, Sinar Pagi Isnin, selain Salih dan Kak Engku dan Krill, diundang juga Datuk Dr Fadhillah Kamsah bercakap tentang rumahtangga. Subjeknya serius tapi cukup untuk membuat pagi kita indah dan ceria.
Peranan radio, dulu dan sekarang tetap serupa, hanya gaya dan isi saja yang berbeza. Tapi dalam ghairah itu, janganlah jadi macam satu stesen ini, yang sejurus sebelum siarkan azan, dimainkan lagu John Lennon, “Imagine”. Buat saya ini kerja orang yang bukan saja tak sensitif tapi langsung menggunakan otak untuk berfikir dan bertindak.
Apapun, Sinar FM, I follow you la…-14/2/2012
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







