25Oktober2014

Patrick Teoh lu kurang ajar..

patrick-teohx
Bukanlah benda yang mengejutkan bila Patrick Teoh komen dalam facebooknya kata-kata yang menghina agama Islam. Semuanya kerana dia tak setuju dengan garis pandauan yang dikeluarkan oleh kerajaan Pas Kedah tentang sambutan Tahun Baru Cina 1 Malaysia 2013. Mungkin ada orang beliak mata baca komen lelaki tua ini yang sesedap mulutnya menghina agama Islam. Tapi itulah cara dan gaya dia.

Mungkin itu gaya dia, sombong tetapi janganlah jadi kurang ajar dan celupar sampai tidak tahu beza antara garis panduan dan agama - dua benda yang berbeza. Kalau tidak setuju dengan garis panduan, hentamlah mereka yang membuatnya. Kenapa mesti hina dan mempersendakan agama Islam? Nak kata bodoh, dah lama makan garam, tapi takkan tak tahu membezakan benda yang simple dalam kepala tuanya itu.

Saya percaya mamat ni tidak mabuk sewaktu dia menulis komennya itu. Dan dia tentunya cukup tahu tulisan biadabnya itu akan mengundang padah. Mungkin dia mencari publisiti sebab pada masa yang sama dia ni juga menulis dan menjual buku, selain dari berlakon. Kadang kala ada orang guna teori untuk sengaja buat dajal untuk dapat perhatian sebab mungkin buku tak laku dan berlakon pun setakat so-so saja, sekadar satu dua babak saja.

Sebab itu senang saja dia mintak maaf, seolah-olah semuanya boleh terpadam hanya dengan kata-kata maaf. Tapi apakah semudah itu? Sepatutnya bagi orang yang sudah lama hidup dan bergaul dalam masyakarat berbilang kaum, dia lebih tahu tentang hal-hal yang menyentuh sensitiviti agama lain.

Sebagai orang kurang upaya yang pernah berkhidmat dengan RTM dan pernah cipta nama sebagai DJ dan pelakon/pelawak, sepatutnya dia lebih berhemah dalam memberikan pandangan. Jika tak setuju, tidak salah meluahkan bantahan, tapi bukan menghina dan mencerca agama. Tidak tahulah samada dia faham tentang "menghormati agama orang lain", melainkan dia seorang yang tidak ada anutan agama.

Tidak perlulah kita nak kaji sejauhmana ikhlasnya permohonan maaf yang dikeluarkan. Apa yang jelas, memang begitulah dia, celupar itu adalah bahasanya, kata seorang kawan yang pernah membaca tulisan mamat ini dalam blognya. Dia memang begitu. Semua orang, tak kena, semua orang ada saja salah, dia saja yang betul. Dan bukan itu saja, semua orang ada saja gelarannya, seperti mana dalam satu tulisan dia menggelar Tun Mahathir, "Mamak". Dan macam-macam lagilah yang tidak kena pada mata mamat ini terutama pemimpin-pemimpin kerajaan BN.

Jadi, apakah tulisan biadab itu sengaja atau tak sengaja? Rasanya kita tahu jawabannya.

Bagusnya, kita tahulah hati perut manusia yang bernama Patrick Teoh ini yang bukan saja anti kerajaan bahkan anti Islam. Walaupun ada pun tak menambah, tak ada pun tak mengurang, rasanya penerbit dan pengarah drama, filem juga teater kita tahu di mana sebenarnya tempat orang seperti ini.-20/1/2013 - OLEH SAODAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 636  tetamu dalam talian