26Oktober2014

Ogy lancar restorannya... Ogy D' Greenwood

ogy
Dalam diam-diam Fauziah Datuk Ahmad Daud sudah jadi taukeh restoran. Walaupun 28 Disember ini akan diadakan "soft launch" dengan rakan-rakand an media, tetapi restoran itu sudah beroperasi dan Ogy saban malam ada di restoran itu.

Bertempat di  Lot 23449, Jalan Baru Caves, Kampung Simpang Tiga, Greenwood, dulu bekas tapak showroom Proton, restoran itu dinamakan Ogy D'Greenwood.

"Bila sudah masuk 50 tahun, kena buat sesuatu dan Ogy memang dari dulu suka berniaga sebab keluarga kami pada tahun 60an dulu niaga nasi campur di Boon Teck Road, Singapura," katanya.

Kerana itu, selain dunia seni, Ogy memang suka bidang perniagaan. Setaip kali Persatuan Seniman sediakan bazaar Ramadhan, dia memang tidak ketinggalan, sekalipun hanya membantu menjual produk orang lain.

"Sebetulnya sudah lebih setahun Ogy diajak untuk jadi rakan kongsi, tetapi waktu itu Ogy belum bersedia. Hanya ketika Ogy dipelawak sekali lagi pada bulan puasa lepas, barulah Ogy berfikir dengan serius.

"Dan, selepas selesai penglibatan Ogy dalam Mentor, Ogy mula berikan perhatian pada persiapan Ogy. Ogy hadir bengkel-bengkel dan seminar niaga, maklumlah bidang ini memerlukan ilmu dan sebab itu Ogy low profile lepas Mentor," katanya.

Namun, hakikat yang pasti, tawaran yang datang kepadanya ketika itu, banyak yang terpaksa ditolak kerana naskhah yang diajukan padanya tidak merangsang minda. Ini diakuinya sendiri.

"Mungkin itu salah satu sebab Ogy terfikir untuk lebih serius berniaga. Jadi, dari situ, Ogy buat persiapan, termasuk perbincangan demi perbincangan hingga akhirnya capai kata sepakat dan janji diikat. Semunya dibuat secara hitam putih, begitulah seriusnya," terangnya diselangseli dengan ketawa.

Memang itulah Ogy. Akan buat sesuatu dengan sesungguh hati dan sentias berfikiran postif. Sebab itu juga rakan kongsi penuh yakin dan Ogy juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Urusan syarikat.

' Memang restoran sudah lama ada, tapi bila Ogy masuk, restoran diberikan wajah baru. Selain fikirkan program dan pemasaran, saya juga memberi nasihat dalam pemilihan menu dan ketika ini hampir setiap malam saya di restoran kerana bila selebriti buat bisnes, orang mahu kita berada di situ, bukan sekadar nama.

"Setakat ini alhamdulillah sambutan mengalakkan dan komen yang kami terima juga menyakinkan. Pelanggan kata harga kami berpatutan dan makanan sedap, itu yang penting dan mesti dikekalkan,"kata Ogy yang sudah ada pelbagai rancangan untuk perniagaannya itu berkembang maju.

Selain menyediakan makanan ala carte setiap hari, hidang buffet juga bakal diperkenalkan. Dan, kerana tempat restoran itu besar, mereka juga menyediakan untuk majlis-majlis kenduri kendara memandangkan ia boleh memuatkan 800 ke 1000 orang.

"Kami juga akan buat pakej penghantaran makan tengahari ke rumah dan pejabat. Dan, selain untuk majlis-majlis tertentu, tempat restoran juga boleh digunakan untuk bengkel usahawan, bengkel kecantikan dan bengkel seni," katanya.

Menurutnya Ogy, ini bukan bermakna dia sudah bersara dari dunia lakonan. Katanya, rakan kongsinya bagi lampu hijau untuk dia berlakon dan itu hanya akan berlaku, ujarnya jika ada naskhah yang baik.

Melihat dirinya bertambah sibuk, Ogy menyatakan semua ini adalah untuk masa depan anaknya, yang kini berusia 5 tahun.

"Tahun 2014 dia akan masuk sekolah. Ogy harap dapat beri yang terbaik untuknya, sekalipun nampaknya masa 24 jam bagaikan tidak cukup, tapi semua Ogy kena atur hidup Ogy dengan baik. Ia adalah bagaimana kita mengatur hidup," katanya yang juga akan lancarkan produk penjagaan kulit tahun depan.

Nampaknya Ogy sudah cukup bersedia untuk melangkah tahun baru. Cuma satu perkara saja yang belum tercapai, mengisi kekosongan hidup. Dan, bila ditanya pasal teman hidup, Ogy sekadar jawab, "Soal kahwin, ni, kita tak boleh cakap tak nak, cuma bagi saya, begini sajalah, semua ini kerja Tuhan, biarlah Dia yang uruskan. Tapi saya tidak ada sesiapa."-26/12/2012 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 629  tetamu dalam talian