02September2014

Listen, listen, listen...PSY, Seniman dan Shila Amzah

shilaamzah
Sudah tentu ramai yang tak sabar untuk bersama Park Jae Sang dengan Gangnam Stylenya yang sangat popular. Sayangnya ia berlangsung di Pulau Pinang. Maaf saya sebetulnya tidak terasa kedatangan artis Korea itu akan menjejaskan periuk nasi artis Malaysia. Maaf ya Seniman. Banyak lagi isu lain.

Sebetulnya apa salahnya PSY datang Malaysia? Sama juga seperti artis Indon, Singapura. Kalau mereka itu yang memang sedang 'ngetop' apa salahnya.Bermakna Malaysia maju, artis yang top pun mahu datang ke sini. Kita akan buat bising kalau yang dibawa ke sini adalah artis sampah sarap atau yang sudah tak laku lagi di tempatnya. Itu baru kena kalau nak protes.

Pada saya, apa pulak salahnya PSY buat show di sini? Biarlah sebab yang bawak pun adalah orang Cina yang sekadar nak meriahkan perayaan Tahun Baru mereka, biarlah. Apa salahnya, takkan pulak nak panggil Rabbani pula untuk  Tahun Baru Cina, tak kenalah pulak, kan?

Tak perlulah sikit-sikit nak melenting. Sebab khabarnya Konsert PSY di Pulau Pinang itu, selain tarian singa dan tarian naga, khabarnya, penyanyi kita, Shila Amzah juga akan muncul di konsert yang sama.

Wah! tahniah Shila kerana dapat berkongsi pentas dengan Park Jae Sang. Ini bermakna, orang Cina mengiktiraf Shila yang juga boleh bertutur dan menyanyi dalam bahasa mereka.

Satu hakikat yang harus kita terima, bukan senang orang cina nak terima penyanyi Melayu. Dan jika mereka terima, bermakna, artis itu pastinya ada sesuatu yang mereka suka. Menang di Asian Wave 2012 telah membolehkan Shila memenangi hati orang Cina. Apatah lagi dia juga boleh bertutur dan menyanyi dalam bahasa mereka.

Dengan semua ciri dan kualiti yang ada tersedia depan mata, kita sudah nampak hala tuju Shila sebagai penyanyi yang bakal mencipta nama yang lebih besar. Dia boleh pergi jauh, tambahan pula dia masih muda.

Dia boleh pergi jauh, jika lebih memberikan perhatian dan kesungguhan pada kerjaya. Dengan perkataan lain, Shila kena fokus pada bidang seni jika mahu mencipta nama dan kejayaan yang lebih besar.

Fokus bermakna memberikan tumpuan dan perhatian pada kerjaya seratus peratus. Itu kalau dia mahu pergi jauh lagi dengan membawa nama Malaysia ke mata dunia.

Fokus bermakna juga memberikan keutamaan pada kerjaya kerana tidak ada jalan pintas, percayalah, boleh tanya sendiri pada Datuk Siti Nurhaliza. Bagaimana dia mampu cipta nama seperti hari ini.

Nak berjaya dalam hidup dan kerjaya, bukanlah senang. Kenalah kerja kuat semangat dan tabah berdepan dengan segala rintangan dan dugaan. Tak perlulah layan benda-benda remeh temeh kerana zaman main gaduh-gaduh dan pondok-pondok tu sudah lama berlalu.

Saya percaya, ramai yang mahu melihat Shila jadi penyanyi yang lebih besar namanya dari hari ini, jadi penghibur yang lebih dihormati kerana bakat seni, bukan kerana kontroversi. Kerana kontroversi, lama-lama orang jadi mual dan benci.

Sekadar pesanan buat Shila,  dalam apa juga keadaan, restu dari keluarga itu mengatasi segala-galanya. Sepatah kata Ramli Sarip, selain bakat dan diri dan Tuhan, restu orang tua itulah yang akan bawa kejayaan dalam hidup kita.

Dan, oh ya...tak usahlah risau pasal cinta cintan, semua itu akan ada masa dan ketikanya bila tiba waktunya. Jodoh itu akan sampai bila tidak dicari.

Cuma sekarang ini, bukalah mata dan hati, pandang keluar kerana..Dik, dunia ini luas sebenarnya. Kumbang pun bukan seekor tu, melambak lagi!-7/2/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1559  tetamu dan tiada rakan dalam talian