28Jun2017

"Bukan masa saya lagi," luahan hati AR Badul

Sudah lama saya tidak ketemu AR Badul. Kali akhir kami bertembung di bangunan Astro, di mana beliau ketika itu memasuki Maharaja Lawak Mega.Itucerita dua tahun lalu.

Terbaru, kami  bertembung sekali lagi. Bukan di stesen TV atau di pelancaran filem.Bukan. Tetapi di satu majlis kenduri kahwin.Bukan di hotel, tetapi di kawasan kejiranan tempat saya tinggal. Ramai yang terkejut melihat beliau disitu, ramai juga yang menyangka beliau ada kaitan keluarga dengan pihak tuan rumah.

Tapi walau apapun, kehadiran AR Badul selama dua hari di majlis itu membuat ramai yang teruja. Berlakulah sesi bergambar dan berselfie dengan seniman veteran ini..

Suah tentulah nama AR Badul bukan asing bagi industri hiburan. Sekitar tahun 70an beliau banyak membintangi filem dan sering menjadi hero. Kini, sekalipun zaman hero sudah berlalu, beliau kerap juga di undang stesen Astro terutamanya, berganding bahu bersama pelawak-pelawak muda yang kebanyakannya pangkat anak baginya.

Manakala stesen lain menyepi dan undangan berlakon tidak serancak dulu, seniman berusia 65 tahun ini kini akur dengan kehendak masa. Beliau sedar, kini bukan zaman artis sepertinya lagi. Sekarang ini adalah "Dunia mereka dan lapisan mereka" dan "bukan masa saya lagi.'

"Zaman berubah. Masa saya dulu dengan RM1,500 boleh dapat satu penyanyi untuk satu show, tapi hari ini, harga itu sudah tidak ada. Dan mereka bukan kira satu malam punya show, tapi kira lagu, bayar ikut berapa lagu dia kena nyanyi. Walaupun dia itu bukan penyanyi dan hanya naik pentas nanyi lagu orang lain! Ini, keadaan yang berlaku sekarang."

Sememangnya keadaan sudah jauh berubah. Permintaan untuk artis juga brubah. Hari ini orang mahu yang ada nama, soal kemampuan baik berlakon atau sebagainya, perkara kedua.

Semua ini beliau terima dengan lapang dada. Katanya, "Kita tidak boleh kecil hati orang tidak panggil kita, orang tak peduli kita. Masa kita sudah berlalu, itu kita kena terima. Lain zaman lain cara,"

Beliau sejak dulu seorang yang sentiasa positif dalam hidup. melalui pelbagai era mengaarnya untuk bertabah dan bersederhana menerima ketentuan masa. Hidupnya sederhana tidak pernah meletakkan dirinya pada status yang tinggi.

Hai ini, undangan dan tawaran untuk berlakn bukan tidak ada, tetapi tidaklah seperti dulu.. Ketika ditemui beliau baru saja selesai penggambaran shooting bersama Anwardi Datuk Jamil Sulong untuk sebuah filem, beliau kini bergiat dalam pengarahan, skrip dan kerja-kerja alihsuara untuk filem animasi.

"Saya tidak boleh bergantung pada satu cabang saja, iaitu berlakon. Mana penerbit yang masih ingat, dia akan panggil, tapi hari ini, penerbit sudah berlapis-lapis ramai yang saya tak kenal pun.

"Jadi saya tak bolehlah duduk diam saja menunggu, kita kena fikir cabang lain pula.Saya buat kerja animasi dan di samp;ing itu juga saya dipelawa untuk masuk dalam bidang lain, iaitu sewaan peralatan untuk majlis-majlis kahwin dan sebagainya.

"Pendek kata, selagi kita rajin berusaha, rezeki itu ada di mana-mana. Kita ni mesti rajin menjala, tak boleh duduk rumah tunggu peluang datang.Mana boleh begitu," katanya,

Badul sudah lebih 3 bulan bersama sebuah syarikat bernama Lova Weddingku, menyediakan perkhidmatan yang pelbagai selaku wedding planner. Dari khemah dan kerusi meja,hinggalahlah ke pelamin dan sebagainya.Beliau juga bertindak sebagai juruacara majlis.

Seringkali katanya, kehadirannya di majlis-majlis perkahwinan mengejutkan orang ramai yang hadir. Baik majlis yang kecil atau pun besar, AR Badul boleh membawa dirinya, sekalipun beliau adalah seniman veteran yang pernah merangkul pelbagai anugerah di zaman kegemilangannya.

"Sebenarnya saya lebih suka berada di tengah tengah masyarakat yang luar dari industri. Baru saya tau di mana saya di hati mereka. Dan saya bersyukur ramai yang ingat dan boleh relate dengan saya filem dan watak yang pernah saya bawa dulu," katanya.

Apa yang melucukan, katanya, ramai yang menegur dan memanggilnya, Datuk Badul.

"Selalunya secara jenaka saya jawab saya memang dah lama jadi datuk sebab sudah bercucu. Inipun mesti kena cara menjawabnya sebab kita tak mau orang itu malu tapi saya tak kisah.

"Kadang kadang orang yang panggil saya datuk itu yang serba salah. Sebetulnya saya tak kisah. Sebab bagi saya artis hari ini tidak sepatutnya dapat datuk kerana, cuba kita laihat,apa sebenarnya sumbangan mereka untuk dapat datukpun? Menyanyi untuk parti? Mereka dibayar, mana ada percuma.

"Terus terang saya cakap, kecuali  Tan Sri P Ramlee, artis-artis hari ini tidak layak dapat datuk. Pengorbanan? Apa dia yang pengorbanan mereka? Tolong pasang poster atau nyanyi di majlis-majlis kerajaan, tapi kita dibayar, bukan percuma/. Saya dulu pun menyanyi, saya tolong kempen, tapi kami dibayar.

"Ini pandangan peribadi saya. Bukan saya marah orang dapat datuk cuma saya rasa kurang sesuai kerana ramai pihaklain yang lebih layak," ujarnya yang mengakui sudah punyai 6 cucu.

"Pada sayalah, bila sudah terlalu banyak diberi gelaran datuk, sudah tidak ada nilaipulaksebab tidak mencabar. Gelaran bagi saya tak penting, yang penting adalah bagaimana kita menjaga seni itu dalam gelanggang kita," kata Badul.-27/5/2015


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 590  tetamu dalam talian