17Disember2017

Arwah Yus Jambu... tak banyak cakap tapi banyak idea

Kematian Yussry Eddo atau lebih popular dengan panggilan Yus Jambu malam tadi merupakan kejutan besar bagi penggiat dan pengikut industri hiburan tanah air.

Pelawak popular berusia 39 tahun itu adalah antara bakat bakat kelahiran astro yang paling berjaya dalam program Maharaja Lawak terbitan stesen tersebut.

Allahyarham adalah angkatan pelawak pelapis kelahiran Astro yang telah berjaya menyemarakkan dunia lawak tempatan yang selama ini tidak mendapat tempat dalam dunia hiburan tanah air.

Astro telah memulakan program mencari lawak pertamanya pada tahun 2007 di mana Pak Yus telah muncul sebagai Juara Raja Lawak musim pertama itu dengan menewaskan nama nama seperti Zizan dan Johan  di mana masing masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Kejayaan itu telah membuka lembaran baru dalam dunia lawak tanah air sekali gus menyemarakkan lagi industri lawak tempatan. Pak Yus dan rakan rakan menjadi nama besar dan semakin popular denngan pelbagai program yang disediakan oleh Astro sehingga kini.

Malahan, stesen ini juga mewujudkan saluran Warna yang memberi tumpuan untuk pelbagai program lawak yang ternyata formula yang popular dan berjaya.

Bahagian produksi stesen Warna ketika dihubungi Agendadaily menyifatkan pemergian Pak Yus sebagai satu kehilangan besar bukan saja bagi Astro tetapi bagi dunia hiburan tanahair. Allahyarham adalah seorang yang sangat disenangi kerana disiplin kerja dan sifat merendah diri.

"Dia secara peribadi tak banyak cakap. Dia lebih banyak mendengar. Beliau banyak idea dan lontan ideanya spontan saja. Kami memang senang bekerja dengannya. Pemergiannya akan dirasai oleh semua. Kami masih terkejut," kata Fasham, salah seorang jurucakap Warna.

Allahyarham sebelum ini adalah bekas penari kebudayaan dan mempunyai latar belakang dalam teater. Beliau yang masih bujang meninggal dunia selepas pulang dari mengadakan persembahan di Dataran Merdeka malam tadi.

Kematiannya  mengejutkan ramai pihak terutama rakan pelawak kerana tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami sebarang masalah kesihatan.

Berita kemataian Allahyarham terserbar meluas tengah malam Ahad melalui media sosial. Sejurus selepas itu ramai rakan rakan artis dan kenalan rapat Allahyarham bergegas ke hospital Selayang tengah malam tadi, termasuk rakan rakan artis yang menjayakan program secara langsung Astro,  Gegar Vaganza.

Beliau dikatakan hanya mengadu kurang selesa dan sesak nafas selepas pulang dari mengadakan persembahan.

Allahyarham, 39, dikejarkan ke hospital berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Selayang sebelum mengadu sesak nafas.

Beliau sebelum itu, mengadakan persembahan program Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi.

Jenazahnya dikafankan di Hospital Selayang sebelum dibawa ke kampung kelahirannya di Perlis untuk dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Nurul Iman, Kamping Nesam dekat Bentong, Perlis, selepas solat zohor.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para solihin. Alfatihah.-30/11/2015 oleh SAODAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 668  tetamu dalam talian