Aha05192013

Kemaskini terakhir04:17:23 AM GMT

Back Ruangan Ruangan CATATAN ODAH

CATATAN ODAH

Azhar Sulaiman...'suara' silent majority yang fedup terus diperbodohkan

  • PDF
Azhar Sulaiman tidak masuk kategori artis yang suka bikin kontroversi.Dia dikira antara artis yang ada stail.Penampilannya corporate look.Selain artis,Azhar juga mempunyai profesion tetap sebagai seorang arkitek.

Kalau tak silap...sebelum ini tak pernah dengar pun kisah dia enter frame cakap pasal politik.

Namun tiba-tiba menjelang pilihanraya umum ke 13,Azhar sudah bikin gegar dan panas hingga buat puak pembangkang jadi tidak senang duduk.

Berbanding dengan ramai artis lain yang diketahui turut menyokong Barisan Nasional,nampaknya dia mengambil pendekatan yang agak sempoi.

Dia bergerak secara solo untuk menghentam apa yang dilihatnya tidak betul dalam pakatan pembangkang. Senjatanya ialah menerusi alam siber yakni laman...

Baca Lagi...

Syabas Nabil, banggo den!..

  • PDF
Ada orang tanya soalan ni, betul ke ada artis wanita tu nak masuk bertanding dalam PRU akan datang ni. Saya jawab, biarlah dia nak buat apapun, asal tak malukan diri sendiri. Buatlah apapun yang boleh mendatangkan kebaikan, bukan keaiban. Iya,  buatlah apa pun, asal tak meroyan. Jangan dari orang kasihan, bertukar jadi meluat.


Cuma kalau berjuang untuk sesuatu yang dirasakan betul, beranilah berdepan dengan  konsekuensesnya. Kerana sebagai artis mereka akan sentiasa ada pengikut. Jika...

Baca Lagi...

Listen, listen, listen...PSY, Seniman dan Shila Amzah

  • PDF
Sudah tentu ramai yang tak sabar untuk bersama Park Jae Sang dengan Gangnam Stylenya yang sangat popular. Sayangnya ia berlangsung di Pulau Pinang. Maaf saya sebetulnya tidak terasa kedatangan artis Korea itu akan menjejaskan periuk nasi artis Malaysia. Maaf ya Seniman. Banyak lagi isu lain.

Sebetulnya apa salahnya PSY datang Malaysia? Sama juga seperti artis Indon, Singapura. Kalau mereka itu yang memang sedang 'ngetop' apa salahnya.Bermakna Malaysia maju, artis yang top pun mahu datang ke...

Baca Lagi...

Patrick Teoh lu kurang ajar..

  • PDF
Bukanlah benda yang mengejutkan bila Patrick Teoh komen dalam facebooknya kata-kata yang menghina agama Islam. Semuanya kerana dia tak setuju dengan garis pandauan yang dikeluarkan oleh kerajaan Pas Kedah tentang sambutan Tahun Baru Cina 1 Malaysia 2013. Mungkin ada orang beliak mata baca komen lelaki tua ini yang sesedap mulutnya menghina agama Islam. Tapi itulah cara dan gaya dia.

Mungkin itu gaya dia, sombong tetapi janganlah jadi kurang ajar dan celupar sampai tidak tahu beza antara...

Baca Lagi...

Ogy lancar restorannya... Ogy D' Greenwood

  • PDF
Dalam diam-diam Fauziah Datuk Ahmad Daud sudah jadi taukeh restoran. Walaupun 28 Disember ini akan diadakan "soft launch" dengan rakan-rakand an media, tetapi restoran itu sudah beroperasi dan Ogy saban malam ada di restoran itu.

Bertempat di  Lot 23449, Jalan Baru Caves, Kampung Simpang Tiga, Greenwood, dulu bekas tapak showroom Proton, restoran itu dinamakan Ogy D'Greenwood.

"Bila sudah masuk 50 tahun, kena buat sesuatu dan Ogy memang dari dulu suka berniaga sebab keluarga kami pada...

Baca Lagi...

Afdlin, Gaza dan si pencacai..

  • PDF
Ramai yang tonton rancangan Bicara di TV AlHijrah minggu lepas terpegun dengar cerita Afdlin Shauki tentang Palestin. Afdlin yang menyertai misi ke Gaza telah memperlihatkan sisinya yang lain - bukan sisi Afdlin Boboi. Afdlin yang saya lihat dalam rancangan Bicara itu adalah seorang seniman yang sangat prihatin tentang nasib rakan seagamanya, rakyat Palestin.

Semua orang tahu pasal Afdlin dan dua rakannya, Bront Palare dan Zain Saidin ke Palestin dalam Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza...

Baca Lagi...

Masterchef: Kalau Ah Hong menang kami tak malu

  • PDF
SIAPA tonton Masterchef Malaysia Kedua tentu kenal dua wajah ini. Mereka adalah antara peserta yang gigih tetapi kecundang dan tidak sampai ke peringkat akhir untuk jadi juara.

Bagi Ahmad Nuruddin Rasid dan Hafiz Bukhari anggap rezeki dan tuah tidak menyebelahi mereka. Kerana walaupun tidak dapat apa yang dihajatkan, namun, mereka mendapat sesuatu yang lebih berharga - iaitu nilai persahabatan.

Sebelum Masterchef Malaysia Kedua, mereka tidak punya rakan yang boleh satu kepala berkongsi...

Baca Lagi...

"Saya bukan bersih yang kuning tu"- Mawi

  • PDF
Lepas jumpa Mawi di sebuah kedai kopi di Bangi minggu lalu, saya jadi cemburu. Cemburu kerana dia anak Felda. Bestnya jadi anak Felda. Kata Mawi, ramai kawan-kawannya yang sama membesar di Felda Taib Andak dulu, dapat manfaat dan hidup senang.

Kata Mawi, paling bagus sekali KPF (Koperasi Permodalan Felda) di mana sebuah rumah ada satu akaun. KPF ni, cerita Mawi, samalah macam ASB. Jumlah pelaburan maksimum adalah RM250,000. Selalunya dividen akan diberi sebelum dan selepas Raya. Ha? Siapa...

Baca Lagi...

Wow... Shila Amzah semakin mengancam selepas bertudung

  • PDF
Tahniah diucapkan buat Shila Amzah yang jadi Juara Asian Wave 2012. Untuk pengetahuan, Asian Wave ini adalah pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari bintang, sama juga macam Asia Bagus dulu, ingat tak?

Penyanyi berusia 22 tahun itu betul-betul pukul habis sampai para juri ternganga-nganga melihat dia beraksi. Dan, bila saya kata aki, anda tak perlulah bayangkan Shila ni angkat kaki menari ala Gangnam atau goyang pinggul 360 darjah atau dijulang tinggi macam yang selalu kita tengok...

Baca Lagi...

Apabila Afdlin 'balun' stesen TV....

  • PDF
BARU Semua orang kenal Afdlin Shauki. Dulu dia bermula sebagai penyanyi, komposer, selepas itu jadi pelakon, pelawak dan pengarah. Tapi dalam banyak bakat yang ada padanya, saya tertarik dengan bakatnya sebagai penulis. Jika anda singgah ke blognya yang dinamakan, Selambakodok, anda akan tahu kenapa.

Bagi anda yang tak berkesempatan tinjau blog Afdlin untuk tahu kenapa saya kata dia punya bakat penulisan yang baik (sebab boleh berfikir dengan baik), biarlah saya bagi gambaran sedikit. Dia...

Baca Lagi...

‘Ustazah’ Abby Abadi...apa hal meroyan tak sudah ni?

  • PDF
ADA artis yang dulunya malu-malu kucing nak bercakap, sekarang dah jadi ‘ustazah’. Siapa lagi kalau bukan Abby Abadi yang dulu bukan main susah nak bercakap masa dia jadi gadis pembuka abjad dalam siri Roda Impian. Sebagai penulis skrip, saya selalunya bergantung banyak pada Halim Othman untuk bagi "punch line" masa penutup show. Selalunya yang bercakap hanya Halim sebab Abby susah bercakap ngalahkan ada emas dalam mulut.Lebih-lebih dia senyum pada kamera.

Tapi bak kata Tan Sri SM Salim...

Baca Lagi...

Lisa kata Yusry tak suka berbuka di luar... susah solat!

  • PDF
Belum seminggu berpuasa, sudah penuh jadual dengan jemputan buka puasa. Buffet  buka puasa sekarang ini bukan murah, beratus, Ada yang satu kepala sampai RM150…mak datuk, makan apa agaknya tu? Inilah tanda negara yang makmur.

Cakap pasal buka puasa, ketika berbual dengan Lisa Surihani, dia kata dia dan suaminya kalau ada pilihan, lebih suka berbuka di rumah saja.

Katanya, dia tak kisah, tapi suami kesayangan, Yusry lebih suka makan di rumah saja sebab senang nak solat. Di luar bukan tak...

Baca Lagi...

Masterchef Celebrity...mulut tempayan mana boleh ditutup

  • PDF
TAHNIAH kepada Datuk Fazley yang diangkat sebagai Juara Masterchef Celebrity Malaysia yang disiarkan Isnin lalu . Ramai yang suka rancangan ini kerana ia adalah yang pertama seumpamanya. Sesuatu yang baru, sudah tentu dapat perhatian, tambahan pula ia memberikan pelbagai warna sifat dan perangai manusia dalam sebuah pertandingan, sekalipun pertandingan memasak.

Sebab itu dalam twitter atau fb, ia jadi bahan bualan. Setiap kali ada penyingkiran, akan ada ulasan. Itu bermakna, ramai yang...

Baca Lagi...

Hati pun kena cantik la....

  • PDF
Tiba-tiba saja tiga nama artis jelita jadi sebutan ramai. Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa. Bukanlah kerana lakonan yang paling mantap dalam filem, drama atau teater. Jadi sebutan kerana mereka bertiga sedang terlibat dalam perang melahar satu sama lain.

Sebenarnya, cerita melahar mereka sekarang ni lebih hebat dari lakonan yang mereka persembahkan. Dan, saya percaya, orang ramai sekarang ini tengah syok menyaksikan bagaimana tiga wanita cantik ini menggasak satu sama lain. Semuanya...

Baca Lagi...

Ustaz Don milik eksklusif TV Hijrah

  • PDF
Sekalipun stesen TV Alhijrah belum bersiaran di negara jiran kita, Singapura, sudah ada yang bertanya-tanya, "boleh ke kitaorang bawak ustaz muda", Ustaz Don Danioyal Don Biyajid ke kota singa?

Itulah soalan yang banyak saya terima lepas cerita ustaz yang jadi ikon TV Alhijrah itu siar di akhbar Berita Minggu. Ada yang tanya, cara mana nak bawa ustaz sempoi ni, apakah dia ada PA atau syarikat sendiri?

Nak jawab macam mana. Rasanya kena tanya dengan stesen yang lahirkan Ustaz Don, TV...

Baca Lagi...

Pesan Haron sebelum undur diri... zip mulut

  • PDF
Sana sini orang cakap pasal Super Spontan, rancangan lawak yang memang boleh hibur hati siapa saja yang sedang ducacita atau menghadapi tekanan. Syabas kepada Afdlin Shauki dan Haron Salim Bachik yang jadi orang kuat rancangan itu. Ramai kata, kalau Haron tak bercakappun, orang boleh ketawa.

Tapi sebenarnya Haron ada juga sisi seriusnya yang kita jarang nampak. Khabarnya, Jumaat baru ini, Haron telah panggil mesyuarat AJK Persatuan Seniman dan dalam mesyuarat itu dia ada ‘sound” Timbalan...

Baca Lagi...

Fikir dulu sebelum cakap...

  • PDF
PERTAMA sekali, sekalung tahniah diucapkan kepada Aaron Aziz, orang Melayu Singapura yang merantau mencari rezeki dan sudah bertahun-tahun memohon status Penduduk Tetap (PR) di negara ini.

Kejayaan Aaron sudah cukup menjadi bukti bahawa di Malaysia ini, pelakon yang bagus dinilai berdasarkan merit, bukan semangat kenegerian sempit yang merosakkan industri.

Aaron bukan perantau pertama berjaya di negara kita, jangan lupa Datuk M Nasir, Ramli Sarip, allahyarham Loloq antara sebilangan kecil...

Baca Lagi...

Artis Hollywood pun tak buat macam tu...

  • PDF
SAYA nak ucap tahniah pada artis-artis kita terutama yang berjaya mengatasi artis-artis Hollywood dalam gimik, gaya dan glamour. Saya kata gimik, gaya dan glamour, titik. Saya tak kata pasal berjaya dalam kerjaya. Sila baca betul-betul.

Bila Awal Ashaari melutut sambil tunjuk cincin dalam kotak pada Scha Al Yahya dalam rancangan Propaganza, rancangan hiburan gossip baru Astro yang dibuat untuk beregu dengan Melodi, saya langsung tak terkejut. Apa nak terkejut sebab semuanya sekarang ini...

Baca Lagi...

Apa ? Usul Seniman minta kebenaran pasang cermin gelap...

  • PDF
SAYA bangga golongan artis berada di barisan depan masa berlangsungnya Festival Barisan Nasional Youth Music 2011 di The Curve. Sedang berasak-asak itu, saya terdengar komen orang sebelah Persatuan Seniman ada tiga usul penting nak disampaikan pada Perdana Menteri.

Wah! Ini sudah bagus. Kata saya dalam hati. Tapi saya tidak tahu apa tiga usul itu, namun yakin ia tentu melibatkan masa depan dan kebaikan yang maha besar untuk artis dan industri hiburan. Maklumlah, peluang keemasan, Perdana...

Baca Lagi...

Kalau Sudirman ada, dia mesti sedih...

  • PDF
SAYA memang puji usaha stesen tv dan radio bersusah payah mengadakan pelbagai program untuk kenang seniman seperti Datuk Sudirman Haji Arshad. Rasanya hampir semua stesen utama telah mengadakan tribute khas bulan ini, kerana pada bulan ini 20 tahun lalu seniman itu kembali ke rahmatullah pada usia yang masih muda.

Sememangnya kita wajar kenang Sudirman. Dia contoh seniman yang dedikasi, semangat dan disiplin diri yang sangat tinggi. Dia anak Melayu yang percaya, bintang di langit tinggi...

Baca Lagi...

Sinar FM... I followwww

  • PDF
BARU KALAU kita buat survery berapa ramai yang memandu dengan tidak buka radio, sudah tentu tidak ada. Sebab sebilangan besar kita yang menggunakan jalanraya, terutama di sebelah pagi, punya banyak waktu untuk mendengar radio.

Saya juga tidak terkecuali. Dan radio pilihan saya di sebelah pagi adalah Sinar FM dengan Sinar Pagi bersama Salih Yaakob, Raja Azura dan Krill, sudah cukup untuk menceriakan pagi setiap telinga yang mendengar. Seringkali saya gelak sendiri, sehingga anak akan bertanya...

Baca Lagi...