Kha05232013

Kemaskini terakhir10:21:25 PM GMT

Back Berita Utama

Berita Utama

Buruk baik turunnya harga kereta...

  • PDF
Persaingan dijangka berlaku di dalam industri automotif tempatan sekiranya kerajaan menurunkan harga kereta tidak lama lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia Gerhard Pils.

Katanya penurunan itu akan menyaksikan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mampu bersaing setanding dengan kereta-kereta import di pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

"Para pengeluar tempatan tidak perlu bimbang jika kerajaan mengurangkan harga kereta. Mereka perlu mulai berfikir bagaimana menambah baik kereta tempatan dan bersaing dengan pengeluar antarabangsa yang lain seperti Honda, Mazda dan Mercedes Benz," katanya.

Pils berkata kedua-dua pengeluar tempatan dan asing boleh...

Baca Lagi...

10 anggota Exco Negeri Sembilan angkat sumpah

  • PDF
Sepuluh ADUN Negeri Sembilan termasuk tujuh muka baharu mengangkat sumpah jawatan Exco Negeri Sembilan hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti.

Tujuh muka baharu ialah Abu Ubaidah Redza (Ampangan), Datuk Jalaluddin Alias (Pertang), Abd Razak Ab Said (Gemas) Datuk Zaifulbahri Idris (Chembong), Tun Hairudin Abu Bakar (Bagan Pinang), Datuk Norhayati Omar (Pilah) dan L Manickam (Jeram Padang).

Tiga...

Baca Lagi...

Polis tubuh jabatan baru tumpu cegah jenayah

  • PDF
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah yang baru diketuai seorang pengarah di Bukit Aman serta di peringkat kontinjen dan setiap daerah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jabatan baru itu memberi tumpuan khusus terhadap langkah dan usaha pencegahan jenayah.

Beliau berkata, ia selaras dengan matlamat sifar toleransi terhadap jenayah.

"Kami berharap untuk menubuhkan jabatan baru itu dalam bulan ini," katanya.

Menurut beliau langkah itu...

Baca Lagi...

Anggota Kabinet Sarawak angkat sumpah…

  • PDF
Lapan bekas menteri negeri yang menang dalam pilihan raya Sarawak pada Sabtu lepas, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai anggota kabinet negeri yang baru pada Isnin setelah Barisan Nasional sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

Lima daripada mereka adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan setiap seorang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).Mereka mengangkat...

Baca Lagi...

Abu Zahar angkat sumpah Yang Dipertua Dewan Negara penggal kedua

  • PDF
Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bagi penggal kedua.

Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Doris Sophia Brodi di bangunan Parlimen.

Abu Zahar, 69, bekas presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) dilantik semula sebagai anggota Dewan Negara berkuat kuasa 26 April lepas setelah tempoh penggal pertamanya berakhir sehari sebelum itu.

Abu Zahar pada 26 April 2010 dilantik sebagai Yang...

Baca Lagi...